Wednesday, April 27, 2011

Portfolio DAY (PF) Part II - The Interview


Salam Sem06,

Ok masa yang di nanti akan tiba esok, insyallah. Saya harap persiapan individu telah di buat sebaik mungkin (lihat posting sebelum ini). PF kali ini berbeza dengan PF sem lain. Ini adalah kerana kami jangka anda akan berdepan dengan Industri sekiranya lulus sem06. PF akan berjalan mengikut format Interview untuk setiap individu.

Pastikan anda tahu semua kerja anda baik dari segi teknikal mahupun aestetik. Jawapan anda akan menentukan markah akhir anda semua. Study sikit hasil kerja anda pada malam ini dan yang penting jawap dengan konfident dan tepat.

Aturcara esok:

1) 8.00 - 9.30 Persiapan studio untuk PF. Semua firma sediakan/tampalkan lukisan (dikawasan firma masing2) dan tempatkan model supaya dapat di nilai dengan mudah oleh panel penilai.

- Jam 9.30 tepat , ucapan perasmian Ketua Jabatan Awam - Di jangka PF akan bermula jam 10.30 pg

2) PF bermula dan anda akan di panggil oleh penilai mengikut firma dan akan di nilai secara individu, pastikan anda tahu kerja anda dan kumpulan - ingat Total Design. Sila berpakaian kemas seperti hendak menghadiri interview. Siapa yang ada CV juga bolehlah bawa dan tunjuk CV anda pada panel untuk penilaian.

3) Kemaskan studio dan pastikan PF berjalan dengan lancar.

4) Item2 yang mesti disediakan - Lukisan persembahan kumpulan; Portfolio Individu A3, MPP Document; PPR; Test; semua Model buatan ind dan kumpulan, dll yang baru


All the best dan buktikan kehebatan diri anda!

DRN and all SEM 06 lecturers

1 comment: