Tuesday, March 22, 2011

SDP Crit #5; DRAW a conclusion

Terima kasih utk semua pelajar, pensyarah dan khusus kpd Principle Raja Ar. Azman Shah & arkitek2 beliau yg telah menjayakan sesi crit terakhir (production phase) semalam.
Sila perkemaskan design, pertingkatkan mutu teknikal (kualiti RUANG) dan draftsmanship (kualiti LUKISAN).
Seorang cendikiawan Arab, pernah berkata “yang paling MUDAH dan yang paling SUSAH ialah BerFIKIR”.
Adakalanya bahan/ contoh telah ada bersama, tetapi tidak DIOLAHKAN (difikir) dgn sempurna.

..Pendayung sudah ditangan.., the pen is now in your hand. It’s the time to draw the conclusion!!
p/s; pohon feedback daripada rakan2 arkitek (SDP) terima kasih.

2 comments:

  1. Secara keseluruhan boleh dikatakan hasil kerja yang dipersembahkan tidak seperti melibatkan kerja sepuluh orang ahli.

    Juga masih ada kumpulan yang tidak dapat untuk memilih mana satu alternatif rekabentuk yang terbaik.

    Sewajarnya dengan pembahagian satu ruang rekabentuk kepada satu pelajar, mereka sepatutnya dapat memahami dan mengolah ruang tersebut dengan lebih baik. Diharapkan supaya setiap ruang itu ada lukisan perincian (blow-up drawing). Boleh dikatakan kerja secara kumpulan adalah tidak teratur.

    Penekanan terhadap keberkesanan sirkulasi pada rekabentuk perlu kerana walaupun imej rekabentuk itu adalah menarik tetapi jika sirkulasi gagal maka boleh dianggap rekabentuk itu gagal.

    Aspek-aspek seperti kehendak bomba, saiz ruang & kapasiti penggunaan seperti lif perlu dititikberatkan. Sebagai contoh pelajar perlu mengambil berat akan kedudukan & arah bukaan pintu kerana walaupun ianya dianggap remeh tetapi ia salah satu aspek penting dalam mendapat sesuatu kelulusan.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih En. Megat.
    sedikit tambahan;

    Pada Lukisan perincian (blow-up),jgn dilupakan
    aplikasi struktur-LINEWEIGHT,

    SERVICES-ducting air-cond(jika berkaitan), sprinkler, ceiling, thermal insulation & dll(yg berkaitan (anda perlu dapatkan lukisan rujukan)
    :-SECTION yg berteknikal (bukan hanya kelihatan spt lukisan ID)

    & SIRKULASI (elakkan pembaziran ruang)

    ReplyDelete