Friday, August 6, 2010

Bicara PUOdesign-FEST

Salam Semua SEM,

PUOdesign-FEST 2010 telah berakhir dan saya berharap ianya telah mencapai objektifnya. Untuk memantapkan perjalanan FEST ini pada masa2 akan datang, SILALAH MEMBERI FEEDBACK/KOMEN YANG BOLEH MEMBANTU KAMI MEMPERBAIKI FEST INI. HARAP SEMUA SEM (SILA HEBAHKAN) DAPAT BERKONGSI PENGALAMAN.

Dibawah adalah dua komen yang telah di tulis sebelum ini:
Anonymous said...

ahlan wahsalah..salam ukhwah!sekencang dakwah...

Festival ini adalah paling bermakna bagi semua warga unit seni bina, oleh kerana satu perubahan yang drastik, mmg saat ini yang kami nantikan, dimana ukhuwah dapat dijalankan dalam warga unit senibina antara pelajar2 dengan pensyarah.. bukan saja ukhuwah dapat dieratkan, malah dapat menimba banyak input serta berkongsi pengalaman dengan pensyarah... kalau boleh festival ini dijadikan acara tahunan dimana pada masa akan datang, aktiviti yang dijalankan akan dibaikpulihkan dengan aktiviti yang lebih bermutu....best..best..best....

Anonymous said...

tamatlah sudah designfest~
kami akan merindukanmu~


Teruskan memberi komen!...

14 comments:

  1. asalammualaikum.... disini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga unit senibina kerana telah bertungkus lumus menjayakan design-fest ini.... saya harap tahun-tahun yg mendatang dapat ditingkatkan lagi mutu dan kualiti festival ini. Pada pandangan saya lebih baiknya kalau festival ini dapat disaksikan oleh semua warga poli dan bukan hanya semata-mata warga senibina sahaja... ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara manusia malah dapat membuka mata semua warga poli apa yang dimaksudkan dgn senibina....
    terima kasih...

    bchn dsb 6a

    ReplyDelete
  2. asalammualaikum... hari ini ada hari yang amat menyedihkan buat kami semua kerana hari ini adalah hari terakhir buat seorang pensyarah yang amat kami hormati dan sayangi....jasanya terhadap unit senibina tiada tolok bandingannya,tidak terbalas setiap pengorbanannya terhadap kami... kami berharap dapat dipilih satu hari untuk kita semua sama-sama dapat memberi penghargaan terhadap beliau walaupun tidak setimpal dengan jasanya terhadap unit senibina....
    tq....
    dsb 6

    ReplyDelete
  3. MASE YG DIBERIKAN TERLALU SINGKAT IAITU 3 HARI, DAN HANYE 1 HARI JE YG DAPAT BELAJAR DAN 2 HARI PENUH DENGAN PERASMIAN DAN PENUTUPAN.....HARAP PADA MASA HADAPAN DAPAT DIPANJANGKAN............

    ReplyDelete
  4. satu minggu yang penuh dgn aktiviti yg memberikan pengalaman baru ini patut diteruskan pada stiap semester...acara ini memberi banyak peluang kepada pelajar utk lebih berinteraksi antara satu sama lain di samping mengenali warga senibina di politeknik ini..justeru harap aktiviti ini dapat diperbaharui idea serta temanya utk setiap tahun untuk lebih menarik..
    penyertaan terhadap aktiviti diminta agar ditambah supaya tidak ada yang terkilan tidak dapat mengikutinya...

    PUOdesign-fest ini sy tujukan kepada pensyarah yang baru sahaja meninggalkan Politeknik Ungku Omar ini...wish him all da best

    -zakwan-

    ReplyDelete
  5. sy cadangkan buka post tentang pemindahan tempat kerja bagi En Mohammad Reza..ini juga sebagai kenangan untuk tatapan semua bekas pelajarnya..kami bekas pelajar beliau ingin membuat ucapan terima kasih atas tunjuk ajar beliau..terima kasih..

    ReplyDelete
  6. Salam Ukhuwah diselami salam perpisahan....

    Kalau boleh lepas ini kita jemput2 poli2 lain atau sekolah2untuk melihat hasil kerja kita, dan kalau boleh wujudkan satu galeri permananet untuk seni bina supaya bila org lain datang melawat, kita boleh tayangkan hasil kerja kita..HMmmm... Kepada En Reza yang sedang memegang anugerah pensyarah paling popoluar harap dapat terus dapat berjuang mendidik anak bangsa kita.. setiap yg mula ada akhirnya, setiap yg bertemu ada perpisahannya... Keprihatinan EN reza terhadap pelajar tidak dapat dilupakan... Pergimu tiada pengganti....

    AiDiL

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum...walaupun designfest sudah berlalu...tapi masih diingati lagi..setiap aktivii yang dijalan memang amat bermakna bagi kami. Inilah satu pencapaian dan pendekatan baru yang dibuat oleh unit senibina bagi mengubah serta menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti. Bagi saya usaha haruslah diteruskan supaya pelajar dapat membuka mata mereka, justeru dengan bengkel2 yang di adakan seperti mempelajari dan mengetahui bagaimane teknik2 melukis, mewarna, penggunaan coulor dengan betul, berkomunikasi dengan berkesan dan bnyk lagi dapat digunakan sewaktu dialam pekerjaan nanti. Sehubungan itu ia boleh membantu membuka minda pelajar dan membiasakan diri mereka dalam dunia senibina...
    saya juga mengucapkan tahniah...kepada semua pensyarah senibina dan berterima kasih kerana menjayakan aktiviti seperti ini, diharapkan designfest ini dijalan setiap tahun dan diwarwarkan kepada yang lain...supaya ia tidak bernokhtah setakat itu sahaja...

    -khalifah-

    ReplyDelete
  8. salam
    terima kasih buat en reza yg banyak mencurahkan bakti pada kami semua. jasa baik en reza xdpat kami lupa kan. kami akan merindui en reza.

    azharunizam (hazama) =D

    ReplyDelete
  9. en. reza terima kasih atas segala ilmu yang dicurakan...
    senyum,ketawa dan gurauan menjadi memori utk kami ingati smpi bile2...

    -khalifah-

    ReplyDelete
  10. en mohd reza adalah seorag pensyarah yg baik suka mengambil berat kebajikan dan banyak menasihati setiap peljar tentang pelajaran...beliau sgt prihatin masalah pljr....saya anggap beliau seperti ayah saya sendiri....en.reza saya memohon maaf diatas kesalahan dan halalkan segala makan dan minum saya selama ini....

    fezree dsb 6b

    ReplyDelete
  11. setuju dengan fezree....hilangmu tiada pengganti....setiap pertemuan perpisahan sudah menjadi asam garam dalam kehidupan...kita sbg manusia hanya mampu merancang dan Allah s.w.t jualah yg tentukan..Allah s.w.t yg menentukan perjalanan hidup kita....bg pihak sy,sy mengucapkan terima kasih kepada En.Reza atas nasihat.didikan,dorongan,tunjuk ajar & beliau tidak menjadikan kedudukan/status beliau untuk tidak berdampingan bersama kami membuatkan sy mengangap spt abg kandung sy sendri sepanjang sy berada di Puo...jasa beliau tidak dapat dibalas dengan kata2...dan sy berharap beliau akan terus menabur bakti di tempat baru,diucapkan selamat berjaya.....semoga dpt kita bersemuka lagi di lain masa...ishaAllah...

    Jasamu tetapku kenang....jumpa lagi...

    ~~~aril_reka@yahoo.com.my~~~

    ReplyDelete
  12. kehilangan en reza tiada pengganti..
    kerana dia lah saya dapat sampai sini bersama2 kawan2 sekalian..

    terima kasih..terima kasih..terima kasih en reza..
    nasihatmu akan sy pegang sampai mati

    fais

    ReplyDelete
  13. kami semua akan merindui En. Reza sampai bile2...
    saya tidak akn lupe segala apa yg En. telah ajarkn....TErima kasih En. kerana memberi kesempatan utk mengenali En. walaupun seketika...
    _saiful_

    ReplyDelete
  14. segala usaha dan ilmu yang diberi sngat oleh en.reza sngat sya hargai smpai ke akhir hayat sya..en.reza adalah seorang lecturer yg snggup mehbiskan masa dan wang ringgit serta mengangap kmi sebagai seorang ank dia sendiri...dan sya terharu apa yang dia lakukan kepada kmi.. dan selepas en.reza memberi tahu bahawa en.reza nk berhenti ini telah memberi impak yg cukup sedih sekali..terima kasih bnyak en.reza...segala usaha dan kegigihan yang en.reza curahi akan kmi kenang sehingga akhirnya..moga2 en.reza dicucuri rahmat dari allaw s.w.t...

    _akmal_6A

    ReplyDelete