Monday, August 9, 2010

Lawatan Belajar 090810


Salam Sem06,

OK, kembali kita untuk meneruskan perjuangan merekabentuk TOY STORE. Kami berharap, lawatan semalam (090810) dapat membuka mata/minda semua. Tujuan lawatan adalah untuk membawa pelajar melihat dan merasa suasana rekabentuk2 yang sedia ada. Banyak yang boleh di lihat apabila minda kita bersedia untuk melihat. Persediaan minda datang dari pengisian ilmu sebelum membuat lawatan, kalau tidak apa yang dilihat tidak akan memberi kesan yang dikehendaki. 'Observation' adalah satu kaedah belajar yang berkesan. Kami berharap pelajar tidak terlalu tumpu kepada jenis2 mainan dan rekabentuk2 kedai mainan sahaja tetapi tengok juga akan rekabentuk kompleks2 yang dilawati. Cuba kaji kegunaan ruang atrium, tangga utama, peranan cahaya dsb . Ingat sekali lagi kepada formula yang telah diketengahkan tempoh hari.

PENTING>>Ada sebarang komen/persoalan yang ingin ditanya/dikongsi bersama mengenai apa yang dilihat?

15 comments:

  1. salam..

    Apa yg dapat sy dilihat pada toy store di quesbay dan di gurney,tidak byk beza cuma di gurney lebih besar berbanding di quesbay..dan dari segi pencahayaan.aircond duct hampir menggunakan konsep yg sama...

    Dari segi lot kedai & tangga utama bg saya,sy tertarik pada susunatur pada gurney mall...ia strategik...berbanding di quesbay yg seakan ke belakang sedikit...

    dari segi susunatur toys,disusun mengikut kategori yg berlainan..tidak byk bermain dgn level..

    apa2 pun.lawatan ini sedikit sbyk dpt membantu dalam project ini...

    ~meoraz arch~

    ReplyDelete
  2. DRN:
    Yes, di Malaysia tidak ada satu TOY STORE yang benar2 menyerlah mungkin kerana budaya membeli mainan di kalangan orang dewasa tidak begitu ketara. Konsep ini akan kita ubah dalam projek 2, kita anggap orang dewasa pun ramai akan ke tempat tersebut. Perlu di ingat juga, projek 2 menghendaki pelajar merekabentuk satu bangunan TOY STORE yang khas cthnya untuk TOY CITY atau Toy R Us. Di dalam/luar bangunan tersebut terdapat satu famili bistro dan ruang playground. TOY STORE di Ipoh ini adalah satunya di Malaysia, jadi ciptalah satu bangunan yang menarik tetapi logik. Kemungkinan kami akan menjemput wakil TOY City/Toy R Us untuk datang melihat/menilai hasil rekabentuk anda nanti...

    ReplyDelete
  3. salam..

    ohh begitu..satu idea yg menarik jika pihak toys sendiri akan dtg melihat hasil pelajar...mugkin mereka akan tertarik dan di jadikan yg fantasi kepada realiti :)

    thanks DRN.

    ~meoraz arch~

    ReplyDelete
  4. Terima kasih utk SEMUA pelajar utk penglibatan & komitmen yg telah anda tunjukkan. Tahniah juga sy ucapkan kpd SEBILANGAN pelajar2 sem 6 yang sy dapati semakin hari semakin matang dalam mengharungi liku-liku dunia pengajian Senibina.
    Sebenarnya utk one day trip. Tidaklah banyak sangat perkara yg mampu dipelajari oleh pelajar. Perjalanan ke KL umpamanya mengambil masa pergi/balik selama 7 jam. Setelah ditolak dgn rehat, mkn, solat dll. Kemungkinan masa utk melakukan pengkajian/ membuat analisis hanya tinggal sekitar 2 jam atau kurang.
    Utk kumpulan ke Penang semalam. Kajian di Queensbay Mall hanya dapat dilakukan selama 45 minit shj dicampur dgn 30-40 minit masa kajian di Gurney Plaza dan dicampur dgn sketch di R&R Taiping selama 15minit . Masa kajian sebenar pelajar hanyalah sekitar 1 ½ jam sahaja.
    Pada masa depan, utk memastikan keberkesanan trip Senibina. Perjalanan BERMALAM adalah amat-amat diperlukan.
    Perjalanan kumpulan ke Penang semalam, turut disertai oleh pelajar terbaik Senibina sesi Julai 2009 saudara Mohibuddin Sahul Hamid (yg kini menyambung pelajaran di USM). Beliau dgn penuh minat (passionate) telah membawa sy, En Fikri dan saudara Fais (dgn kebenaran supervisor En. Ujang (Conservator-contractor) ke site mega-projek ‘the Parragon’ yg terletak bersebelahan dgn Gurney.
    Kami berada selama 1 ½ jam di situ. Terasa amat2 tidak mencukupi kerana terlalu banyak benda-benda baru (old building provides new knowledge) yang tidak ketahui sebelum ini.
    Projek tersebut adalah projek mega (Consultant Engineer iaitu Arup Associates yg famous dgn world-mega icon spt Bird Nest di Shanghai) dan memulihara bangunan UNESCO (conservation) pd tapak yg sama.
    Sebut tentang conservation, sy mempunyai CERITA yg tentang Mohib, Azizi dan Ahmad Kamal mengenai pengalaman mereka membuat tugas Amalan Senibina tentang bidang conservation. Kini mereka bekerja di bidang ini dan saya percaya mereka on the right track & berada di dalam ‘lubuk kejayaan’. Cerita & perjalanan mereka (akan sy ceritakan di dlm kelas, InsyaAllah) patut dicontohi oleh pelajar-pelajar Senibina Premier! Ingat pepatah Melayu “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dpt sagunya”.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih utk SEMUA pelajar utk penglibatan & komitmen yg telah anda tunjukkan. Tahniah juga sy ucapkan kpd SEBILANGAN pelajar2 sem 6 yang sy dapati semakin hari semakin matang dalam mengharungi liku-liku dunia pengajian Senibina.
    Sebenarnya utk one day trip. Tidaklah banyak sangat perkara yg mampu dipelajari oleh pelajar. Perjalanan ke KL umpamanya mengambil masa pergi/balik selama 7 jam. Setelah ditolak dgn rehat, mkn, solat dll. Kemungkinan masa utk melakukan pengkajian/ membuat analisis hanya tinggal sekitar 2 jam atau kurang.
    Utk kumpulan ke Penang semalam. Kajian di Queensbay Mall hanya dapat dilakukan selama 45 minit shj dicampur dgn 30-40 minit masa kajian di Gurney Plaza dan dicampur dgn sketch di R&R Taiping selama 15minit . Masa kajian sebenar pelajar hanyalah sekitar 1 ½ jam sahaja.
    Pada masa depan, utk memastikan keberkesanan trip Senibina. Perjalanan BERMALAM adalah amat-amat diperlukan.
    Perjalanan kumpulan ke Penang semalam, turut disertai oleh pelajar terbaik Senibina sesi Julai 2009 saudara Mohibuddin Sahul Hamid (yg kini menyambung pelajaran di USM). Beliau dgn penuh minat (passionate) telah membawa sy, En Fikri dan saudara Fais (dgn kebenaran supervisor En. Ujang (Conservator-contractor) ke site mega-projek ‘the Parragon’ yg terletak bersebelahan dgn Gurney.
    Kami berada selama 1 ½ jam di situ. Terasa amat2 tidak mencukupi kerana terlalu banyak benda-benda baru (old building provides new knowledge) yang tidak ketahui sebelum ini.
    Projek tersebut adalah projek mega (Consultant Engineer iaitu Arup Associates yg famous dgn world-mega icon spt Bird Nest di Shanghai) dan memulihara bangunan UNESCO (conservation) pd tapak yg sama.
    Sebut tentang conservation, sy mempunyai CERITA yg tentang Mohib, Azizi dan Ahmad Kamal mengenai pengalaman mereka membuat tugas Amalan Senibina tentang bidang conservation. Kini mereka bekerja di bidang ini dan saya percaya mereka on the right track & berada di dalam ‘lubuk kejayaan’. Cerita & perjalanan mereka (akan sy ceritakan di dlm kelas, InsyaAllah) patut dicontohi oleh pelajar-pelajar Senibina Premier! Ingat pepatah Melayu “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dpt sagunya”.

    ReplyDelete
  6. salam ukhwah...
    Alhamdulillah...tamat sudah lawatan untuk sem ini bagi kajian ilmiah projek kedua sem6. Apa saya perhatikan di mid valley terdapat banyak retail menjual permainan kanak-kanak mahupun dewasa, tapi paling ketara disana yang saya lihat pusat permainan kanak-kanak yang besar di situ adalah Toy City & Toy Rus. Bagi toycity ia dibahagikan kepada tiga bahagian, dimane mempunyai ruang menjual permainan kanak-kanak dan dewasa serta play park untk kanank-kanak. Pelbagai mainan bleh kte lihat dan disusun mengikut jenis...bagi ruang mainan kanak-kanak dan dewasa diasingkan, tetapi mempunyai link antara kedua-dua ruang, bagi Playpark pula diasing . Fasad toycity yng saya lihat begitu menonjol dan nampak identiti tempat mnjual permainan kanak-kanak.
    Bagi toyrus pula..ruangnya..tidak terlalu besar, tetapi yang saya tertarik...bnyk jenis mainan mengikut umur..terutamanya permainan kanank-kanak. kemudian ia disusun mengikut zon..ade auto zone iaitu permainan kereta, barbies, lego,familyfun,dan bnyk lagi..

    itu la sikit sebanyak yg dapat dikongsikan, sya harap rakan-rakan yang lain dapat berkongsi pengalaman mereka bersama..

    (SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN)

    -Khalifah-

    ReplyDelete
  7. interior design yg tipikal sahaja dpt dilihat pada toy r us kedua2 shopping mall. susunan bahan2 permainan yg sama dan kurang menarik(mungkin menarik pada kanak2, tapi pada kami tidak,sy tak dapat rasa 'feel' keseronokan apabila berada dalam toy r us tersebut seperti dalam cerita dr magorium).

    tp saya tertarik pada fasad, entrance, atrium pada Queensbay dan boleh saya guna untuk merekabentuk toy store sy nanti..

    terima kasih kpd para pensyarah kerana bagi kami peluang lebih dekat untuk menghayati toy store, sy sudah mendapat gambaran sedikit sebanyak tentang fasad dan cara susunan interior supaya kelihatan lebih menarik.

    sy ada website nak share..sebahagian kecil gambar gudang toy r us di times square, new york

    http://wirednewyork.com/toys_rus.htm

    mana tahu idea2 baru dpt dicetuskan,
    jom share!
    sharing is caring

    ahmad fais ishak
    dsb 6b

    ReplyDelete
  8. DRN:

    Good!, Very Good! Sharing is Caring!....teruskan memberi ide/pandangan/komen

    ReplyDelete
  9. salam.pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadan al-mubarak kepada semua warga senibina puo.
    lawatan ke midvalley pada isnin lepas memberi input yg menjelaskan tentang pembahagian ruang-ruang di dalam toys city....store tersebut dikelaskan kepada ruang hobi(bg orang dewasa terutamanya), ruang permainan(bagi kanak2), dan ruang buku2 kartun, dvd kartun,...di setiap ruang-ruang ini mempunyai kaunter sendiri.
    terdapat connection antara semua ruang ini yang memudahkan pengunjung....
    suasana di setiap ruang berlainan mengikut fungsi ruang tersebut mengikut kesesuaian.contohnya penggunaan warna dan gambar watak2 kartun yang menarik perhatian kanak2...saya tertarik dengan entrance toy city yang direka seperti dalam cerita kartun, dengan label toys city yang besar dan colourfull...sirkulasi ruang di toys store tersebut agak kecil...ini mungkin kerana saiz toys store ini tidak begitu besar membuatkan ruang disusun sebegitu bagi memuatkan barang2 perniagaan....

    yang benar
    ahmad azuan

    ReplyDelete
  10. Pertama sekali saya ingin menyucapkan selamat bulan ramadhan al mubarak kepada semua warga senibina.

    ReplyDelete
  11. dari lawatan tapak pada hari ini, segala maklumat dah dikumpulkan, pada hari isnin kami kena buat presentation guna power point atau menggunakan butter paper saja?

    fais ishak
    dsb 6b

    ReplyDelete
  12. DRN:
    Apa yang sesuai, free

    ReplyDelete
  13. as-salam-alaikum

    Di sini ada pandangan serta ada beberapa soalan yang berlegar2 di dalam kepala. Kalau mungkin sy salah, minta tlg betul kan yea~ =)

    berdasarkan pengamatan sy sepanjang trip ke KL, banyak benda yang baru timbul di fikiran.

    Secara jujurnya, sepanjang trip selama beberapa jam tersebut. Tidak mampu saya masuk ke semua tempat yang menempatkan kesemua TOYS n GAMES.

    Umum pun tahu, toys r us dan toy city ditempatkan pada ruang2 yang dikira 'proper' di dalam store mereka yang tersendiri.
    Tetapi terdapat juga jualan toys pada stall/kiosk selain ada juga dalam gedung membeli belah seperti Jusco, Carrefour (bahagian toy diselitkan diantara beberapa bahagian department) yang terdapat di Mid Valley.

    Saya juga berkesempatan masuk ke Pet Wonderland.
    Di sana, terdapat bahagian permainan untuk haiwan peliharaan. Bhgn ini juga part of toys even for pet. dan ia juga merupakan salah 1 kategori permainan.

    MAKA.......
    Projek II akan datang ini,untuk rekabentuk TOY STORE for FAMILY, adakah ruang untuk haiwan peliharaan juga wajar dicadangkan?

    bagi saya dunia sudah berubah, kalau dikira pet juga merupakan sebahagian daripada ahli keluarga.
    Disini (mungkin Malaysia) perkara seperti ini tidak terbuka kepada sesetengah pihak. Tetapi mungkin ia adalah kelebihan bagi yang berkeperluan?

    TQ.
    Salaam,
    nvjihvh.6a

    ReplyDelete
  14. Asalamualaikum sy ucpkan?dan salam ramadhan,,,
    di sini sy ada 1 soalan yg bermain di fikiran sy?bolehkah en,terangkan sy maksud BISTRO dan kegunaan ruang yg perlu ada pada BISTRO,,,


    TQ
    ARIF
    DSB 6A

    ReplyDelete
  15. DRN:
    1) Pet toys, hmmm, ok jugak, tepai macam mana nak satukan dengan dua mainan yang lain, cuba fikir dulu.

    2) WIKI = 'a small restaurant serving moderately priced simple meals in a modest setting'. Anggap sebagai satu restaurant kecil yang mempunyai tema yang tersendiri. Oleh kerana ia adalah sebahagaian dari TOY STORE, saya cadangkan ianya berkonsep barang2 mainan.

    ReplyDelete