Thursday, February 10, 2011

SDP, BDI & TWA (TeamWork Architecture)


Ketika berbincang dgn Tn. Hj Zaha. Kami begitu runsing dgn kapasiti kerja (intensity of works) yg dipamerkan oleh para pelajar. Keseluruhan kerja tidak menunjukkan adanya teamwork yg baik di dlm setiap kump/firma.
Penglibatan dalam design & kompetensi dlm teknikal amat penting utk menceburi dunia firma arkitek/ industri pembinaan. Bayangkan 2 org calon lepasan Dip. Senibina PUO pergi menghadiri satu interview di firma arkitek(yg sama). Peranan mereka di dlm kumpulan hanyalah selaku ‘researcher’ dan portfolio yg dibawa adalah sama. Apakah penilaian (dari kacamata) principal architect? Adakah mereka bakal mendapat tempat di dlm sektor pekerjaan?

Selaku penyelia Senireka IV pada sesi ini, sy mengambil kesempatan ini utk mengucapkan setinggi2 penghargaan terima kasih kpd kumpulan arkitek dari Studioplan Design Partnership. Mereka telah menunjukkan komitmen & semangat yg begitu tinggi utk turut sama membantu meningkatkan pencapaian para pelajar Senibina di PUO. Mereka sering bertanya tentang pelajar; minta dipanjangkan masa crit, crit hari Sabtu dan tidak sabar2 utk datang lagi pada sesi krit yg akan datang. Utk itu, sy pohon kpd semua pelajar utk turut menunjukkan komitmen tinggi (sebagai tanda penghargaan) kpd pihak SDP Architects.

Semasa berbincang dengan Arkitek Jai (Sharizal) dan Arkitek Rais, mereka berdua sependapat memberikan maklumbalas bahawa kaedah projek ini sesuai utk Semester 6, cumanya ‘intensity’ perlu ditambah. Setiap ahli perlu proaktif dan tahu tugas masing2. Bukannya menjadi penumpang (free passenger) atau hanya menunggu arahan ketua (LD). Sama situasinya di firma SDP (dengan projek competition Masjid MACMA pd thn lepas). Tugas merekabentuk Ruang utama Masjid & basement dibuat oleh En. Mior SB, Arkitek Asrol mengolahkan konseptual yg disampaikan oleh Prinsipal (Raja Ar. Azman), Arkitek Kamal (Kamarizuan) merekabentuk ruang komersial, Arkitek Rais utk ruang kediaman dan Arkitek Jai mengkoordinasi keperluan dan proses kerja agar siap mengikut jadual dan memenuhi requirement.

Di dlm konteks projek Communal Place ini, pembahagian tugas sedemikian boleh dilakukan. Walaupun jumlah keseluruhan ruang (Total Floor Area) tidak begitu besar. Namun setiap ahli wajib menjadi seorang perekabentuk. Bahagikan tugas mengikut ruang-ruang. LD/ ALD mungkin bertindak selaku coordinator keseluruhan rekabentuk. Lapan org ahli kpd lapan lapan jenis ruang berbeza seperti ruang utama, lobby, kitchen, courtyard, terrace, tangga, toilet dan surau. Walaupun merekabentuk toilet; kaji, lakar & lukis toilet dgn penuh teliti (as detail as possible). Kerana ini semua berguna sewaktu anda kerja nanti. Sy sendiri pun pernah menjadi (hanya seorg) arkitek toilet suatu masa dulu. Anda tahu tentang sanitary system, sewerage pipe dan jenis2nya. Bagaimana ia patut dilukis/ memberi kesan kpd lukisan hinggalah kepada kemasan (finishes) yg anda gunakan spt wall tiling (tiada cut-tiles), floor pattern, ironmongery dan semua kelengkapan dipastikan mengikut ergonomic dan anthropometric.

Sekiranya anda merekabentuk ruang sebuah bilik tayangan, anda perlu tahu (& lukis dlm speksifikasi lukisan) jenis lampu (kuasa/ nilai kecerahan/lux), membuat analisa tentang projector (jenis?) kedudukan di mana ia patut diletak & apakah kesannya. Kerusi yg digunakan (jenis, rekabentuk?) rujukan? (bukan drpd Architect’s data semata2, sebaliknya perbandingan/ kesesuaian terhadap ruang dan pengguna sasaran). Kaji tentang akustik/ bahan (kesan/ cara pemasangan). Kaji tentang system AV. Speaker yg diguna tidak hanya digantung, tetapi menjadi sebahagian drp rekabentuk ruang anda dan jgn dilupa tentang services. Sistem Air-cond. Bukan hanya split-unit tetapi sistem2 lain yg anda belajar di dlm subjek Kemudahan Bangunan. Bukan hanya menyebut, tetapi anda hendaklah melukis (serta faham apa yg dilukis).

Kesimpulannya tiada yg mudah pada peringkat ini spt kata Ludwig Mies van der Rohe “God is in the details”.
Walaupun ruang anda kecil, tapi tugas anda besar. Penyediaannya adalah seperti menyediakan detail drawings pada peringkat construction. Jika SEORANG ingin buat semua benda. Ini adalah kerja yang mustahil. Pasti & pastikan kerja anda tidak sama seperti kerja (yg pernah anda buat) sem lepas atau kerja kawan anda( yg telah grad) sem lepas kerana itu adalah kerja individu.
Kali ini kerja ada adalah berkumpulan. Ingat teamwork Ingat TWA!!“Demi masa depan, susah dahulu susah kemudian (dalam Architecture)” kata En. Fikri
Ingat TWA. Anda pasti boleh!! Sasarkan A (dengan kerja yg setimpal, bukan kos yg mahal)
p/s: TWA ini tiada kena mengena dgn TWA Terminal 5 di New York (seperti gambar di atas) ciptaan Architect Eero Saarinen

No comments:

Post a Comment