Syukur Alhamdullilah, Hari ini dpt sekali lagi kita mengadakan satu lagi site visit khusus utk pelajar2 (sem akhir) yg meminati bidang Architecture. Sebelum itu ingin sy memetik kata2 seorg sahabat (Arkitek Asrol) kpd sy (sewktu sy praktikal di SDP tidak lama dulu) “Jika kamu nak belajar banyak..pergilah ke TAPAK”. Pergi ke tapak bukan utk diajar atau sekadar utk bergambar tetapi utk BELAJAR.. Apabila ingin belajar sifat INGIN itu perlu wujud.. sifat ingin tahu,ingin AMBIL TAHU..ingin bertanya sebab anda tidak tahu..tanyalah walaupun ia soalan bodoh. Jika tidak bertanya? (anda berpuas hati utk kekal bodoh di dlm diam). Tiada siapa yg ingin bersusah payah utk memahamkan anda, melainkan anda sendiri yg perlu bersusah payah utk memahamkan diri sendiri.
1. Projek ini merupakan sejenis projek Design & Build kontraktor adalah boss kpd arkitek, Rujuk Pensyarah2 Amalan utk penerangan selanjutnya). Dibina di atas tapak berkeluasan 41.4 ekar. Nilai projek adalah RM 366 juta. Mula pembinaan pd 26.10.2007 tempoh kontrak adalah 40 bln, DLP 24 bln. Jangkaan siap sepenuhnya pd bln 5.2011. Status skrg ialah 97%. Antara kelainan projek ini- tiada VO (variation order), mengapa?
2. Walaupun projek ini bertaraf ‘Projek Mega’ tetapi pasukan consultant/juruperunding2 kurang dikenali. Kenapakah? Kebiasaan skala pembayaran kpd arkitek dibuat mengikut MOA (Memorandum of Agreement) dan ditentukan mengikut Scale of Min Fees (Architect Rules 1986) tetapi dlm SITUASI SEBENAR, perkara tersebut tidak selalunya berlaku sedemikian. Ada kalanya ia dibuat mengikut Scale of Political Fees (oops... Ats sebab2 tertentu kenyataan ini tidak boleh dihuraikan, ia juga tidak dibolehkan dijadikan jawapan untuk mana2 peperiksaan termasuklah Peperiksaan Profesional Arkitek (Part 3)LAM.
3. Terlalu banyak yg dapat dipelajari melalui projek ini (sekiranya anda byk bertanya). Antaranya ialah Dewan Serbaguna yg dpt menampung sehingga 3000 pax. Teknologi terkini ‘state-of-the art’ digunakan (anda dpt merasainya apabila berada di dlm dewan)..Bayangkanlah dewan ini digunakan utk konvokesyen anda.. (emm.. anda lah yg paling hebat di dunia wktu itu). Menurut RA (En Azamal) Dewan ini shj berharga sekitar RM 25 juta. Adakah anda perasaan bagaimana design sirkulasinya dibuat. Sebelum memasuki dewan anda merasai ruang foyer & lobby yg ‘triple & double volume space’. Penggunaan kerangka besi beam (nampak spt space frame), menurut RA, struktur2 besi itu oversize. Lebih besar dari saiz sebenar yg dicadangkan arkitek. Fasad luar (dinding coklat spt dinding Muzium Negara) Ribbon Window dan tiang2 struktur kecil(pilotis) pada bahagian sisi kelihatan spt gaya bangunan Villa Savoye, Le Corbusier. Juga kawasan plaza utk bergambar( sekiranya disitu tempat konvokesyen..alangkah indahnya..!!)
4. Rekabentuk bangunan ini spt bangunan2 baru sekarang kebanyakkan bersifatkan ‘Modern-Contemporary’ Ruang2 banyak bermain dengan ‘solid & void’ ada sudut-susut yg ‘being projected to outside or recessed to inside’, banyak corner window, coping, groove lines, sprayed paint finishes, sinki2 (tiada bowl) spt ala-ala tempat basuhan kain dgn bahan HDF (high density fibre), tangga sebahagian drpd permainan ruang sirkulasi. Ada tangga yg tergantung (cantilevered) tetapi saiz (tebalnya) bertambah sehingga 400mm( biasa 100mm).
5. Ingat ruang Dewan Kuliah (yg menampung 250pax).(klulah dewan spt itu ada politeknik..confirm tiduzzz). Berapa laluan sirkulasi /alley yg ada? 4 di dlm, 2 diluar dewan Berapa pintu (utk kecemasan, mean of egress?) 6 semuanya. Biasa kalau kita buat 2 shj, itupun swing ke dlm(X).
6. Lawatan ditamatkan pd pukul 2 ptg. Kami lunch bersama consultants hingga 3.30 ptg. Tiba di PUO jam 4.00ptg. Terlalu banyak utk 1 hari.. di tapak. Justeru, pihak kontraktor & consultants ‘ berbesar hati’ utk menerima kunjungan kita buat kali ke2 (tarikh yg dicadang 26/3 –mlmnya ada konsert utk T&C (testing & commissioning) dewan serbaguna. Lupa nak dikaborkan RA~En Azamal, PM- Ir Azman, dan berberapa engineer lg adalah ex-students PUO. Jadi..(sebab itulah mereka terlalu excited menerima kunjungan kita..) (enAzamal kenslm utk Pn. Norsham & Hj. Zaha)
7. Dicadangkan sekali lagi utk site visit (one-whole-day) (Bahagian ke2) di tapak. Siapa berminat??
No comments:
Post a Comment