Tuesday, January 11, 2011

Peperangan Perspektif: Kisah Dua Pelukis Eropah




Salam Semua,

Kedua dua gambar di atas adalah potrait seorang pemuzik klasikal yang terkenal abad ke 18 bernama Paganini. Potret yang disebelah kiri (hitam/putih) adalah hasil karya Dominique Ingress dan potret yang sebelah kanan (warna) adalah kepunyaan Eugene Delacroix.

Kedua-dua pelukis ini mempunyai pandangan yang amat berbeza mengenai halatuju seni lukis. Ingress berperspektif 'Klasikal' iaitu setiap hasil lukisan mestilah mencerminkan keadaan yang sebenar, seperti yang dilihat oleh mata (objektif). Delacroix pula percaya akan kelebihan perasaan pelukis, style/gaya pelukis tersendiri dan dia lebih menyokong perspektif 'Romantik'(subjective). Lukisannya pula mencerminkan "mood" dan "character" Paganini melalui tafsiran pelukis. Ini tidak dianggap penting oleh pengikut perspektif “Klasikal”. Pada mereka nilai ‘draftmanship’ adalah yang paling penting dan bukan pendapat/pandangan pelukis yang dicari2. Maka berlakulah pertilingkahan antara kedua-dua insan ini yang sehingga hari ini perbalahan ini mempunyai impek yang besar kepada semua hasil karya seni – ‘Classical vs. Romanticism.’

Soalan hari ini adalah,:
(1)sebagai seorang pereka seni apakah pandangan anda mengenai perbalahan ini? (2)kategori manakah yang anda lebih cenderung – Draftsmanship atau Konseptual?

Pandangan? :0

DRN

1 comment:

  1. Sy berpendapat kedua2 adalah sama penting.
    draftsmanship menonjolkan kualiti teknikal.
    konseptual pula membawa kpd kualiti praktikal.
    (perlu disokong oleh rujukan & huraian kefahaman yg rasional)
    yg terpenting adalah HASIL..(PRODUK)
    what the result will be? for us to see

    ReplyDelete