Monday, January 31, 2011

Welcome to 'The Ipoh Portico'


Salam Semua,

Ini adalah satu kisah yang mungkin berlaku semasa persembahan fasa BDI pada Isnin nanti:

“Salam Semua dan selamat datang ke persembahan Best Design Idea kami. Kami dari Kumpulan, __________ ingin mengenegahkan satu rekabentuk yang kami namakan THE IPOH PORTICO!
Banyangkan satu bangunan yang nampaknya seperti sudah usang dari luar tetapi apabila dilihat dengan lebih dekat merupakan satu bagunan komersial baru, tempat tumpuan orang ramai yang bercirikan konsep Urban (tunjukkan satu Artist Impression di peringkat ini).

The Ipoh Portico adalah satu rekabentuk ide kumpulan kami yang kami ingin ketengahkan. Ia terletak di kawasan ________ dan berdekatan dengan bangunan2 ______,_______,______. Maksud Portico adalah _______________ dan dengan ide ini kami cuba untuk mengekalkan fasad2 Bandaraya Ipoh sambil mewujudkan sesuatu yang baru dan bertenaga.

The Ipoh Portico bertujuan untuk menghidup semula kawasan ini dengan memberi peluang kepada penguhuni2 kawasan2 berdekatan untuk ____,_____,______. The Ipoh Portico di rekabentuk seperti satu bangunan yang lama/usang dari luar tetapi bari dan moden apabila berada didalamnya. Ia berkonsepkan satu rekabentuk yang membayangkan keadaan Bandar Ipoh sekiranya ia tidak dijaga/pulihara dalam masa yang terdekat. Ia adalah satu ide yang berasaskan penghayatan bangunan dan bahan bersejarah Ipoh sambil beriadah dan berniaga.

The Ipoh Portico (tunjukkan Kajian dan lakaran) adalah hasil dari kajian kami di tapak selama ________. Dari kajian seperti ________,____________,_________,_________ ini kami dapati bahawa ide yang ingin kami ketengahkan ini paling sesuai untuk di bangunankan. Antara kajian2 yang kami lakukan adalah, kajian fasad Bandar Ipoh, Sejarah sosio-ekonomi Bandar Ipoh, Kajian rekabentuk ruang riadah dalam Bandar atau Garden in the City, Kajian Restaurant dan Bistro, Kajian _________, ___________, ________...

Ruang2 didalam The Ipoh Portico adalah seperti berikut, (SOA) ______, ___________, ___________. ________________, (tunjuk SOA, skematik2 dan Pespektif dalaman dan terangkan ide setiap ruang yang telah diilhamkan itu. Jangan lupa juga untuk memberi sedikit gambaran penggunaan struktur dalam penerangan Anda). The Ipoh Portico (tunjuk beberapa lagi Artist Impression di peringkat ini) kami pasti akan dapat menghidup semula persekitaran kawasan ini dengan adanya sifat2 ____________, _________ dan hiburan untuk generasi __________...

Sekain, Terima Kasih dan Welcome to The Ipoh Portico!.....
Tuan2 dan Puan2, Ada apa2 soalan ...?"

Ingat untuk bercakap dengan konfident dan secara teratur, relax dan bergaya sambil menghiburkan pelanggan. Anda ada hanya 15 minit sahaja...SOALAN??

DRN : )

4 comments:

  1. salam~
    adakah sudah diumumkan kumpulan mana yg akan bentangkan di hadapan arkitek pd isnin ini??

    ReplyDelete
  2. Monday morning @ 9, you will be inform...
    DRN

    ReplyDelete
  3. so all team must be prepare for that day~
    thnx DRN~

    ReplyDelete
  4. Feedback SDP2;
    Daripada perbincangan bersama para arkitek SDP saya & Tn. Hj. Zaha dukacitanya kami mendapati
    persembahan pelajar pada sesi ke2 adalah TIDAK MEMUASKAN
    Banyak kesilapan/ kekurangan asas teknikal yang tidak diambil berat. Contoh; tidak membuat rujukan apabila melukis tangga pada pelan lantai.
    Pada pelan tapak, kedudukan services area tidak diambil kira, laluan masuk yg terlalu hampir dgn junction/ persimpangan & terlalu terikut-ikut dgn tapak letak kereta sediada.

    Tiada KESINAMBUNGAN antara 'site/urban analysis' dgn 'design concept' yg anda cuba terapkan.

    Kesimpulan: 'BEST' design tidak tertonjol.
    Design..ada tetapi terlalu cepat dipersiapkan ke dalam bentuk bangunan (Makanan sedikit, sudah siap dimasak.. tapi org yg hendak makan itu ramai)

    Yg tersirat 1: Secara berkumpulan, buatlah post-mortem (sesi hati ke hati) utk anda mengenali ahli kump dgn lebih rapat & bekerjasama dgn erat/kuat. Elakan free-passenger dlm kump anda.

    Yg tersirat 2: Kami kump pensyarah pun akan turut sama membuat post-mortem/ muhasabah menilai semula (pertengahan perjalanan) keberkesanan rangka-kerja projek semester ini.

    ReplyDelete