Sunday, January 2, 2011

Memikir mengenai 'Communal Place' (CM)

Salam Semua SEM06,

Minggu lepas, ada beberapa pelajar yang telah ke tapak. Kini isu pemilihan tapak akan bermula. Tetapi bagaimanakah anda membuat keputusan? OK,OK memang betul firasat dan "GUT feeling" memang perlu. Tetapi jangan lupa akan kepentingan Pemikiran Kritis. Ia juga penting dalam membantu anda membuat keputusan, malah mencari bukti2 yang sahih adalah penting untuk memperkukuhkan cadangan tapak anda.

Semasa membuat sebarang pemilihan, teknik pemikiran Kritis di perlukan. Ingat tujuan pemikiran sebegini adalah jenis menjurus/fokus (convergent) melihat sesuatu perkara secara teliti, 'breakdown'kan perkara tersebut, lihat komponen2 nya dsb. Maka perkara perkara ini perlu di fikir dahulu sebelum sesuatu keputusan dibuat. Antaranya adalah:

- Apakah yang dimaksudkan dengan Communal Place?; Apakah yang kumpulan ANDA maksudkan dengan Communal Place?

- Jenis Communal apakah yang anda fikir sesuai untuk tapak pilihan anda?

- Seperti 'Eatery', apakah komponen sesuatu CM? (Huraikan satu persatu dan kemudian cuba fikirkan apakah perhubungan antara komponen2 itu?

- Apakah keistimewaan tapak anda dan mengapa ianya sesuai dengan CM anda? Adakah observation/pemerhatian dibuat ditapak? dsb...

Setelah perkara2 ini difikirkan, barulah Anda boleh kenalpasti tapak mana yang PALING sesuai. Pemikiran Kritis memang penting sekiranya anda hendak berbicara secara logik dengan orang. Seperti teknik2 lain kecekapan menggunakan teknik ini bergantung latihan bertubi.

Ada dua jenis pekerja difirma; mereka yang lebih suka menurut perintah apabila diberi masalah; mereka yang suka berfikiran sendiri apabila diberi masalah. Memanglah kebanyakan firma suka akan golongan pertama tetapi kebolehan golongan kedua adalah satu bonus yang amat berharga kepada kedua2 firma dan diri ANDA!

CUBA gunakan Pemikiran Kritis dalam membuat sebarang keputusan! Teruskan berfikir!

DRN

No comments:

Post a Comment