Thursday, February 24, 2011

Peer Assessment


Salam Sem06,

Kawan Nilai Kawan! - itulah yang dimaksudkan dengan Peer Assessment.

Seperti yang dijanjikan, satu sessi menilai kerjasama kumpulan (antara ahli firma anda sahaja) akan di adakan pada hari Jumaat/Isnin nanti. Kami akan mengedarkan borang2 nya dan anda dikehendaki menilai kawan/ahli Firma anda mengikut kriteria2 berikut:

  1. Sumbangan
  2. Kualiti Kerja
  3. Pengurusan Masa
  4. Penyelesaian Masalah
  5. Sikap
  6. Fokus Terhadap Tugasan
  7. Persediaan
  8. Penghargaan
  9. Pemantauan Bekerjasama Kumpulan
  10. Kerjasama dengan ahli kumpulan
Penerangan yang lebih jelas akan di beri pada hari Jumaat nanti. Sila menilai dengan sejujur mungkin berdasarkan pengalaman dalam firma masing-masing. Markah anda adalah SULIT (rahsiakan dari kawan!) dan markah anda juga akan mempengaruhi markah keseluruhan kawan anda. Ini bukan masa untuk membantu/menjatuhkan kawan tetapi gunakanlah ia untuk menilai sikapnya sebagai team player.

Borang itu juga akan memberi peluang untuk ANDA menilai diri ANDA sendiri!

Soalan?

DRN

5 comments:

  1. nak tnye...penilaian ni antare ahli dlm firm masing2 ke???

    ReplyDelete
  2. Penilaian anda terhadap rakan-rakan yang bekerja dalam satu firma atau organisasi adalah sangat penting. Diharap anda semua menilai berdasarkan kerja, bukan emosi semata-mata...

    ReplyDelete
  3. itulah masalahnya~
    antara ahli2 dalam firm, ada yg mmberikan sumbangan besar dan kecil, dan ada juga hanya pandai bercakap tanpa buat kerja...
    saya takut ada ahli yg hanya menilai mengikut emosi dan tak sehaluan, dan memungkinkan memberi kesan pada markah...

    jadi saya harap, ahli yang menerima 'tamparan/tohmahan yang banyak' dapat dinilai secara individu oleh para pensyarah...itu pendapat saya~

    ReplyDelete