Pengunaan Grid bukan sahaja untuk perekabentuk Senibina, malah kebanyakan rekaan visual menggunakan teknik grid sebagai pengikat rekabentuk mereka. sebagai contoh, kebanyakan Pereka Grafik menggunakan sistem grid untuk rekaan mereka. Contoh2 diatas menunjukan kegunaan grid dalam rekabentuk majalah dan poster. Ia juga menunjukan bagaimana grid boleh membantu pereka dalam merekabentuk Pelan dan lukisan persembahan Senibina.
Grid tidak semestinya segi empat tetapi boleh dibentuk mengikut tapak atau bentuk kertas yang di gunakan. Lihat contoh berwarna oren diatas untuk memahami penggunaan grid pada rekabentuk. Lihat juga contoh2 diatas dan cuba gunakan grid untuk sebarang persembahan atau rekabentuk akan datang. Perlu di ingat grid bukanlah satu2nya teknik menyusun dan mempersembahkan informasi, tetapi ia satu teknik menyusun informasi yang tradisional. Gunakanlah ia dengan bijak!
Soalan: Bolehkah rekaan bergrid digunakan untuk persembahan 30sketches? :- )
Kalau sempat, cubalah teknik ini sekurang2nya pada satu/dua helaian lakaran untuk kali ini.
Komen?
Komen?
assamlam....disini saya ingin mengulas tentang projek ini...saya berasa sedikit terkilan dengan projek ini...idea dan konsep saya gunakan tidak kesampaian kerana presention dalam bentuk skecth dan ini memberi tekanan kepada saya...saya dah berusaha sebaik munkin tetapi keadaan menjadi sebaliknya...contohnya apabila saya telah membuat drawing dalam cadd dan skecthup dan apabila saya trace dalam buterpaper drawing yang ingin buat menjadi lain...saya tahu skecth amat penting dalam senibina tetapi jika keadaan ini berlaku ia amat memberi tekanan kepada saya..dan idea serta konsep yg ingin sya sampaikan tidak dapat disampaikan...bukan itu sahaja ia akan meberi impak kepada permarkahan...dan saya merasakan tidak adil sama sekali usaha saya hasilkan...saya berharap kepada semua lecturer pikirkan kembali.....
ReplyDeleteDRN:
ReplyDeleteTerima Kasih di atas komen tersebut. Malangnya tidak ada nama dihujung komen,maka kami tidak membantu dengan lebih secara peribadi.
Inilah masalah yang kami sedang cuba atasi iaitu bagaimana hendak membimbing pelajar senibina untuk merekabentuk dengan tepat (tidak kiralah dengan menggunakan perisian komputer atau hanya dengan lakaran). Masalah yang saudara/ri alami bukanlah kerana penggunaan media tetapi kelemahan berfikir secara menyeluruh apabila merekabentuk. tekankan terutama di semester enam, keupayaan untuk merekabentuk (dengan betul dan komunikasinya dengan berkesan). Sepatutnya kerja2 'tracing' dihujung proses rekabentuk tidak membawa kesan kepada design kerana ia hanya 'tracing' semata2.
Betulkah tekanan yang dirasa itu akibat dari 'tracing' atau kelemahan yang lain yang sepatut diperbaiki? Belajarlah mengatasi 'tekanan' pada diri. Jangan terlalu tumpu kepada elemen 'markah' sehingga tujuan utama belajar iaitu meningkatkan ilmu dan memperbaiki diri diabaikan. Ada banyak lagi yang saya ingin perkatakan tetapi cukuplah setakat ini.
Walaubagaimana pun tahniah kerana telah mencuba sebaik-baiknya! Anggapkan projek ini sebagai pembuka mata untuk memperbaiki diri serta menyiapkan diri menghadapi projek 2 dan dunia luar. Belajar dari kelemahan, perbaiki diri dari sekarang. Terus Maju!