Tuesday, July 20, 2010

Projek MyPet (Sem03)

Salam Sem03,
Ok, tq kerana bertanyakan soalan2 ini. Apa khabar semua? Bagaimana dengan LI? Harap semua sihat dan dapat menggunakan peluang LI sepenuhnya. Ingat LI itu bertujuan akademik, maka jangan lepaskan peluang untuk belajar seberapa banyak yang mampu.

Baiklah, Project MyPET adalah satu projek persendirian yang mempunyai unsur2 penyelidikan. Ini bermaksud pelajar di kenhendaki memilih satu tema. Tema yang dipilih adalah personal dan terpulang kepada kehendak pelajar asalkan ianya SENIBINA. .Lakaran2 tersebut adalah satu kajian yang tumpu kepada satu tema; cthnya Fasad2 Shopping Mall, Pintu2/Tingkap2 Kolonial, Binaan KonKrit, Cahaya dalam Senibina dll. Pilihlah satu tema dan cuba sediakan satu folio lakaran yang menarik. Lakaran2 bolehlah dalam bentuk 2D/3D (ikut tema), Renderlah sedikit untuk impek yang menarik.
Ada Soalan/Komen??

No comments:

Post a Comment