Friday, July 16, 2010

Studio 16/7/10 ++

Salam SEM06,

Syabas sekali lagi kerana kebanyakan dari pelajar pada sessi pagi ini begitu tertumpu kepada 'design' masing2. Kerja merekabentuk memanglah mengambil masa dan perlu dibuat berkali2. Kunci kejayaan seorang pereka terletak kepada minat dan sifat ingin memperbaiki diri. Rumusan sessi kali ini adalah seperti berikut:

1) Ada kumpulan yang masih belum mengetahui cara merekabentuk menggunakan grid. Teknik ini dapat membantu anda merekabentuk dengan cepat dan tepat.

2) Jangan terrrrrrrrrrlalu taksub dengan konsep (Master Architect) sehingga proses merekabentuk diabaikan. Yang penting disini adalah proses rekabentuk yang berasaskan keunikan tapak, kefahaman struktur (walaupun post & beam) dan kemahiran berkomunikasi, melalui lakaran2 dan model.

3) Anda tidak digalakan menggunakan teknik 'cut & fill' untuk projek ini. Jangan namakan ruang2 di binaan ini selain dari ruang awam; separuh awam; separuh persendirian; persendirian.

4) Cuba reka dari dalam (design from within) dan tidak hanya mementingkan bentuk luar sahaja.

5) Bantu rakan2 yang lain yang kurang 'maju' untuk membantu sesama sendiri.


PENTING>> PANDUAN FORMAT 30 SKETCHES:

1) Pastikan lakaran '30 sketches' di buat dengan teliti. Ingat lakaran hitam putih sahaja, berskala, masukan detil2 tertentu, tunjukan proses ide dan lakarkan perspektif2 yang boleh membantu orang luar memahami ide anda. Lakaran2 ini hendaklah dijilidkan dengan kemas, mempunyai kulit belakang yang keras dan kulit bewarna MERAH SEBEGINI. Kulit ini hendaklah mempunyai tajuk - DESIGN SKETCHES: Structure and Architecture (Font Arial 24 sh/Hitam) dan HANYA mempunyai Kad Nama (reka sendiri dan No hp dan email) dan logo PUO (warna). Jangan ada sebarang lakaran di atas kad tersebut! (lihat cth di bawah)

2) Muka 1 lakarkan satu perspektif mudah rekabentuk anda sebagai pembuka tirai..

3) Muka 2 adalah Pengenalan Projek yang menceritakan kehendak projek (100 per) serta pengalaman menyediakan projek yang menceritakan pengalaman pelajar mengenai projek ini (500 per)

4) Muka 3 adalah isi kandungan dan mukasurat

5) Muka 4 kosong

6) Lakaran bermula dari muka 5 ( ini adalah mukasurat no 1 - nombor bermula disini)

7) Muka 6 hingga 36 adalah Lakaran2 sebanyak 30 mukasurat

8) Mukasurat 37 adalah muksurat Rujukan

9) Kertas kosong sebagai mukasurat terakhir

- Sila ikut format tersebut - Wajib! -Ingat, Sketches30 amat penting untuk penilaian projek ini. Anggap ia sebagai satu dokumen peperiksaan.



Satu berita baik akan di umumkan pada hari Isnin! Sekali lagi syabas atas segala usaha setakat ini dan teruskan dengan semangat sedia ada!

SOALAN/KOMEN ???

10 comments:

  1. assalamualaikum..
    saya konfius...ada antara kami yg diberitahu untuk tidak membuat section dan juga elevation pada final submition..
    tapi ada pula yg perlu membuat section dan elev..

    adakah situasi ini mengikut brief atau sekadar mengikut selera pensyarah pembimbing?

    ReplyDelete
  2. DRN:
    Terima Kasih kerana bertanyakan soalan ini. Sya faham mengapa perkara ingin berlaku. OK, tujuan 30sketches adalah untuk menunjuk pengembangan ide dari 0% ke 100% serta berkomunikasikan ide tersebut. Keratan2 dan Pandangan (elevation), pelan perspekstif, detill dll adalah sebahagian dari pemgembangan ide dan keperluan berkomunikasi dalam senibina.

    Anda perlu bijak memilih lakaran yang mampu berkomunikasi dengan cara yang efisien. Pilih lakaran2 yang sesuai untuk berkomunikasi dan menunjukan pengembangan ide.

    Cthnya:
    Soalan: Perlukah saya melakar semua section dan elevation?
    Jawapan: Ya dan Tidak, terpulang kepada tujuan kominikasi dan ide

    Soalan: Perlukah lakaran saya berskala?
    Jawapan: Ya tetapi garisan lukisan tidak lurus dan tepat.

    Harap jawapan ini dapat membantu, TQ

    ReplyDelete
  3. DRN lagi-

    Soalan: Apakah perbezaan antara 30sketches dengan satu set lukisan persembahan yang telah dibuat selama ini?

    Jawapan: 30sketches adalah lebih mudah disediakan kerana ia tidak perlu skala untuk semua lukisan (hanya pelan, section dan elevation yang berkenaan); tidak memerlukan garisan tepat dan lurus; tiada warna; kecil saiznya dll.Ia hanya mementingkan pengembangan ide dan cara komunikasikan ide tersebut. Tujuan 30sketches adalah untuk melatih pelajar merekabentuk melalui lukisan lakaran; menghargai proses cambahan ide; menghargai ide masing2; melatih pelajar berfikir dan membuat keputusan yang relevan tanpa disuruh oleh pelanggan (cthnya perlu ada section ka?); ingin berkongsi ide; mendokumentasikan kerja dan melatih keunikan individu (melalui lakaran dan persembahan).

    Gunakanlah 30sketches untuk melatih memperbaiki kualiti diri. Kami pasti kumpulan ini mampu berbuat demikian.

    ReplyDelete
  4. 30sketches adalah lebih mudah disediakan kerana ia tidak perlu skala untuk semua lukisan
    (hanya pelan, section dan elevation yang
    berkenaan)
    ______________________________________________
    standart skala lukisan persembahan untuk pelan section dan elevation yang dibuat selama ni 1:100...
    bagaimana pula untuk sketches 30 yang berkehendak dalam saiz A3 adakah masih mengunakan skala yang sama?? sekiranya ini berlaku, saiz A2 pun belum tentu muat...

    ReplyDelete
  5. DRN:
    Good, ini satu masalah. Bagaimana hendak mengatasi masalah ini? Anda seorang pereka, carilah penyelasaian...yang penting ide di komunikasi dengan bijak. CUBA - TQ

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Uuntuk muka surat selain daripada 30 sketches tu boleh x paper lain selain butter paper?

    ReplyDelete
  7. salam,

    i nak tanya...! 30 sketches termasuk yang di crit semalam ke atau tak=-=-=-=-=-=

    ReplyDelete
  8. DRN:
    Yes, kemaskan dan hantar semula.

    ReplyDelete