Salam SEM06,
Pada pendapat saya sessi hari ini agak sederhana dan boleh diperbaiki. Rumusan aktiviti hari ini adalah seperti berikut:
Pada pendapat saya sessi hari ini agak sederhana dan boleh diperbaiki. Rumusan aktiviti hari ini adalah seperti berikut:
1) Aktiviti ‘Seek & Speak’ (S&S) telah membuka tirai sessi Rabu ini. Sessi ini mempunyai pelbagai tujuan, antaranya adalah mengwujudkan satu komuniti kreatif yang saling bantu-membantu antara satu dengan lain. Kali ini saya dapati pelajar2 masih belum bersedia untuk berkongsi pandangan/pendapat/ide dan sebagainya. Gunakan lah peluang ini untuk berbicara mengenai sesuatu hasil karya (Design) yang anda dapati menarik dsb. Kreativiti adalah hasil berinteraksi dengan satu komuniti yang ‘lively’ dan ‘original’. Sokongan pelajar dan pensyarah amat penting untuk mengwujudkan satu suasana studio yang sihat. Tanpa satu komuniti yang sesuai, kreativiti tidak mungkin wujud. Tanpa satu enviromen yang sesuai, kerja merekabentuk boleh menjadi bosan. Gunakan peluang S&S sebaik mungkin.
2) Dari krit kali ini saya dapati, kebanyakan (70%) masih berada pada peringkat yang masih lemah. Oleh yang sedemikian, disini disenaraikan beberapa kelemahan yang dilihat pada pagi ini untuk sama-sama diperbaiki:
- Masih ramai yang tidak tahu untuk mencari kekuatan tapak melalui pencarian paksi cth lokasi pintu masuk utama mesti berasaskan pada tapak yang diberi. Lihat tapak dan fahami apakah keunikan tapak berikut.
- Sambil merekabentuk secara 3D, gunakan 2D untuk mengimbangi proses rekabentuk anda. Ini bermaksud pelajar sudah ada Bubble 2D-plan, Bubble 2D-section yang berasaskan kepada satu ‘Grid Template’ yang berskala tepat (mengikut paksi yang direka- lihat cnth bawah) setiap kali merekabentuk. Kegunaan grid akan membantu anda dalam mengawal saiz ruang dan pembinaan struktur.
- Perhatian yang harus diberi kepada rekabentuk sirkulasi (banyak pelajar lupa mengenai sirkulasi) dan ruang.
- Wujudkan keharmonian dalam rekabentuk.
(contoh :Bubble Biru = Tingkat Bawah; Bubble Kuning = Atas)
3) Jumaat ini, kami hendak lihat Rekabentuk yang lebih teratur bersama-sama perkara2 yang disebut diatas. Mulalah berfikir mengenai struktur.
Ada apa Komen/Soalan ??
SalamSEM06,
ReplyDeleteTahniah atas usaha yang ditunjukkan. Walaupun sebahagian pelajar mengalami kekeliruan tentang penyusunan 'ruang' yang tidak diberikan fungsi atau aktiviti yang spesifik (public>semi private>private), selepas diskusi berkumpulan dan komentar daripada para pensyarah terdapat perubahan positif yang menggalakkan. Jangan takut buat salah, sebab bila kita sedar kesalahan dan mahu memperbaikinya itulah yang dikatakan kita mempelajari sesuatu. Teruskan usaha! All the best to all!
> LAB
Emi:
ReplyDeleteSalam SEM06,
Terima kasih atas kerjasama anda menjadikan pembelajaran studio pada 12.07 dan 14.07 menyeronokkan.
Berdasarkan sesi review(krit)pada 14.07, saya dapat buat kesimpulan:
1. Pelajar masih mempunyai perasaan teragak-agak (takut nak conteng pada butter paper-takut salah)Nasihat saya; hentam saja......
2. Para pelajar masih tidak boleh menterjemahkan lakaran 2D kepada 3D secara serentak (sambil memikirkan plan 2D, fikirkan ruang tersebut secara 3D)
3. Para pelajar tidak boleh menterjemahkan model 3D kepada lakaran ruang 2D (pelan dan keratan)
4. Kebanyakan lakaran para pelajar masih lagi bersifat konsepsual- tiada skala, tidak memikirkan keluasan ruang. Anda perlu segera menterjemahkan lakaran konsepsual tersebut kepada lakaran yang berskala. Pada waktu inilah kertas grid diperlukan.
Selamat Berusaha!
Sebagai seorang ahli seni yang menjiwai bidang SENIBINA,seringkali saya mencari kelainan di dalam pendekatan saya, mencari niche/ lopong-lopong yg belum diisi supaya di situ saya dapat menonjolkan identiti di dlm menlahirkan sesuatu yg tersendiri (tidak dipengaruhi org terdekat).
ReplyDeleteKepada para pelajar; Berusahalah dgn lebih kuat utk melukis/ melakar (krn ia adalah medium cetusan ihlam setiap ahli SENIBINA),tetapi utk melakar dengan efektif (wlupun lakaran x cantik). Anda harus mempunyai ILMU & mengetahui TEKNIK2. Utk lebih berkeyakinan dgn Ilmu & Teknik.
Anda harus memBACA & banyak memBACA..
Bacalah..bacalah link melalui blog ini:
http://senirekapremier.blogspot.com/