Wednesday, July 21, 2010

Studio 21/7/10: Antara Fantasi & Realiti

Salam Sem06,


Biarlah kami bermula dengan ucapan tahniah kepada semua yang mampu menyediakan 15 keping lukisan lakaran seperti yang dikehendaki. Ini membuktikan semua sanggup mencuba untuk menyiapkan kerja sebaik mungkin. Ada banyak perkara yang saya ingin sentuh kali ini tetapi saya rasa tema Antara Fantasi dan Realitilah yang paling sesuai untuk di bincangkan.
Proses rekabentuk memang memerlukan perekanya cekap mengwujudkan kesimbangan antara Fantasi dan Realiti. Untuk Rekaan Senibina, Fantasi adalah kemampuan pereka untuk berimaginasi dan merekabentuk bentuk2 ruang dan binaan yang baharu dan unik. Realiti pula adalah kemampuan pereka untuk memastikan apa yang direka dapat dibina. Fantasi memerlukan kemampuan pereka untuk melihat sesuatu binaan secara abstrak. Realiti dalam Senibina memerlukan ilmu binaan/teknikal/kewangan yang secukupnya. Tanpa realiti, rekabentuk wujud hanya didunia imaginasi; Tanpa fantasi, rekabentuk menjadi kaku, 'boring' dan tiada kreativiti.

Kemampuan untuk menguasai kedua-dua perkara ini amat dicari2. Sesiapa yang mampu berbuat demikian boleh menjadi perekabentuk yang berjaya. Sebagai seorang pelajar rekabentuk, kesimbangan ini mestilah dicari. Janganlah terlalu tumpu kepada realiti sehingga lupa akan kepentingan fantasi dan sebaliknya, sebagai cnth: Gred/Markah 'A+' adalah untuk mereka2 (pelajar) yang dapat membuktikan kemampuan atau berpotensi untuk 'menguasai' kedua-dua perkara ini.

Soalan perbincangan: Yang manakah patut dilatih/dibelajar dahulu, ilmu Fantasi atau Realiti? Komen/Bincang?

9 comments:

  1. salam.. pada pendapat saya fantasi adalah suatu permulaan sebelum ianya menjadi sesuatu realiti.
    tq..

    (zainuddin dsb6b)

    ReplyDelete
  2. realiti itu teknikal,
    fantasi itu rekabentuk,
    seni bina itu indah......
    untuk melaksanakannya perlu 'fun'....

    ReplyDelete
  3. salam ukhuwah... salam persaudaraan....(bagaimana kan ku mula)..dan apakah kata-kata yang indah untuk ku abadikan, tiap wajah berkisah, tiap madah bererti.... manakah ilhamku???......

    balik kepada perbincangan yang diutarakan...??
    pendapat peribadi.. realiti dan fantasi tidak dapat dipisahkan umpama irama dan lagu... saling memerlukan antara satu sama lain.. tq... wassalam..

    (Farizi n Aidil)..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..saya ingin bertanya, adakah detail yang simple memberi efek kepada pemarkahan? saya lihat segelintir pelajar membuat detail yang meletup2 hebatnya tanpa memikirkan kaitan dengan struktur

    Fais Bin Ishak (FBI)
    DSB 6B

    ReplyDelete
  5. dengarkan lagu realiti dan fantasi
    dari kumpulan crossfire...!!!!
    itulah jawapannya..

    ReplyDelete
  6. DRN:
    Salam SEM06, terima kasih di atas komen2 yang di beri. Walaubagaimana pun saya berharap kita tidak lupa akan soalan perbincangan kali nin iaitu: Yang manakah patut dilatih/dibelajar dahulu, ilmu Fantasi atau Realiti? cthnya apakah dari lirik lagu kumpulan crossfire itu yang menjadi jawapan pada diri anda? dsb

    ReplyDelete
  7. pada saya skecth digunakan oleh arkitek dalam menghasilkan rekebentuk yang diiginkan oleh client dalam mase yang singkat dimana sorg client ingin menggambarkan keinginan beliau terhadap rekaan yang diinginkan.ia juga lebih menjerumus kepada fantasi sebelum pergi kepada realiti.
    t.q

    (zainuddin dsb 6b)

    ReplyDelete
  8. pada pendapat saya plax...realiti harus belajar dan dibimbing terlebih dahulu sehingga faham sefaham-fahamnya..jika realiti sesuatu binaan atau kaedah binaan kita tidak dapat kuasai sebaiknya mungkin, sukar untuk merealisasikan setiap imaginasi kita tu.letak tepi dulu imaginasi yang terlalu ambitious tu
    (nasihat untuk saya juga)
    sekiranya belum dapat menguasai realiti secara asasnya..mungkin sukar pada kita untuk memahami secara singkat mengenai struktur2x bangunan yang hebat2x, yang gah...sebab itu bimbingan pensyarah dan kawan2x yang mempunyai pengetahuan yang berkenaan dan rujukan sangat diperlukan..mungkin tidak 100% kita faham tetapi sekurangnya kita masih boleh berbincang hingga faham.. belajar secara lisan,gambar di internet dan bacaan lain mungkin tidak banyak membantu secara realitinya.sebab itu,nak belajar realiti dalam binaan memerlukan duit secukupnya..sebagai contoh belajar dr bangunan yang telah dibina,buat kajian kes pasal bangunan tersebut..

    nak buat kajian?? xkan sehari je kot?sekurang2xnya seminggu itu pun belum tentu cukup tol tak? nak kaji lama2x kat area tu memerlukan duit..tahap kita nie wat kajian masih dalam negara lagi memang x terasa sangat lar duit habis kat situ jer,demi belajar realiti.Kalau nak lagi faham,mybe bleh follow up projek2x sebenar yang sedang berjalan dan lawat tapak bina.(kan best klau dapat tengok steel building in progress)

    BAGAIMANA??
    ada prosdurnya dan prosesnya yang memerlukan duit secukupnya. :D

    kesimpulanya,realiti seharusnya didahulukan oleh kita semua barulah kita selitkan
    imaginasi-imaginasi kita,mungkin lepas ni kita sama2x berimaginasi tentang struktur-struktur pula sebelum belajar secara realitinya barulah disusuli fantasi rekabentuk yang kreatif dan inovatif.. saya juga masih tercari2x tips yang berkesan untuk menyeimbangkan fantasi dan realiti supaya dapat merialisasikikan fantasi di alam realiti.

    ________________________________________________
    jeles tengok sketches rakan lain yang gempak!
    -'struggle' untuk model pula..sama2x berjuang kengkawan...ZZzzzzz~
    Hil

    ReplyDelete
  9. salam ukhwah...

    Bagi saya projek selepas ini memberi kita satu pengalaman baru dan mengajak kita berfikir bagaimana kita menggunakan idea untuk merekabentuk sesuatu bangunan dengan lebih kreatif dan bersesuaian dengan tajuk projek yang diberi. selaian itu juga menguji minda pelajar berimaginasi dengan unik, dan bagaimana menggabung antara binaan realiti atau fantasi atau salah satu daripadanya...

    sama-sama sahut cabaran projek kedua...

    ReplyDelete