Friday, October 22, 2010

Senarai Nama Pembentangan C 5328 Senireka 4


Senarai Pembentangan C5328 -

Semak masa dan tarikh anda dikehendaki membentangkan hasil kerja anda. Sila pamerkan hasil kerja anda sebelum 9 pagi dan ambil semula selepas jam 5 petang.

Friday, October 15, 2010

Tarikh Penghantaran Projek Dilanjutkan

Setelah diteliti dan dibincangkan antara Puan Emi,Cik Liyana dan Encik Fikri kami bersetuju untuk melanjutkan tarikh penghantaran untuk projek Toystore ke tarikh baru iaitu 22 Oktober 2010. Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang kami minta kerjasama dari anda;

  1. Pada 18 Oktober 2010, sila hadir ke kelas pada jam 9 pagi dan bawa semua hasil kerja yang telah anda siapkan setakat hari tersebut (dalam bentuk hardcopy sekecil-kecilnya saiz A3)
  2. Penghantaran model secara berkumpulan ditukar kepada penghantaran MASS model secara individu. Mass model penting untuk kami faham form rekabentuk cadangan anda. Mass model bukannya finished model so please....don't waste your money to buy new boards.....be creative, recycle.

Jika ada sesiapa yang ingin hantar lebih awal, dialu-alukan.

Wednesday, October 13, 2010

Bagaimana anda dinilai untuk Projek Toystore?


C5328 Assessment -

Saya telah upload deraf skema pemarkahan (fail .xlsx)ke Docstoc. Anda boleh download dan semak apakah kriteria-kriteria yang kami nilai bagi projek anda kali ini. Berusahalah untuk memenuhi kriteria tersebut. Selamat Maju Jaya...jaga kesihatan fizikal dan mental, berdoa dan berharap hanya padaNya.

Wednesday, October 6, 2010

Merekabentuk dalam konteks urban


Salam,

Dear DSB 6....

Hari ni saya mulakan semula sesi review untuk pelajar-pelajar bagi projek toy store. Terdapat beberapa perkara yang ingin saya kongsikan dengan anda mengenai urban context. Apakah perkara yang paling utama untuk anda perhatikan apabila anda merekabentuk dalam konteks urban?
Kevin Lynch dalam bukunya The Image of the City telah memperkenalkan 5 imej dan elemen bandar iaitu:
  1. Paths
  2. Edges
  3. Districts
  4. Nodes
  5. Landmarks

Saya percaya anda semua pernah mendengar, melihat, membaca mengenai lima-lima elemen tersebut. Kesemua elemen ini memberikan imej kepada bandar. Sekiranya anda berjaya memanipulasi elemen ini dalam rekabentuk anda, maka toy store yang direkabentuk hanya sesuai untuk tapak yang dicadangkan sahaja. Cuba nyatakan idea untuk memanipulasikan elemen ini dalam rekabentuk anda...

Review Session 1