Friday, April 29, 2011

Terima Kasih ...



Salam Semua,

Dengan selesainya Portfolio SEM06, maka selesailah komponen PNP terakhir Senireka 06. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Terima Kasih kepada semua >

Terima Kasih kepada Pelajar SEM06, di atas kerjasama yang di beri selama semester ini untuk menjayakan Senireka 06. Semoga berjaya semua!

Terima Kasih kepada Tn. Hj Zaharuddin, En Sid, Pn Emi, Cik Liyana dan En Fikri, Pensyarah Senireka 06 2010/2011, diatas segala komitment ikhlas yang di beri untuk memastikan anak buah didikan tuan/puan mendapat didikan dan teguran yang sewajarnya.

Terima Kasih kepada SDP Arkitek, di atas keperihatinan tuan dalam bersama mendidik anak bangsa melalui Program 'Firma', yang julung2 kalinya di adakan di PUO. Semoga kerjasama ini akan berterusan.

Terima Kasih kepada Penilai Portfolio, di atas kesabaran dan kesanguppan tuan/puan untuk menjaya komponen Portfolio ala Interbiu dengan jayanya.

Terima Kasih kepada Pengurusan PUO, diatas sokongan yang di beri pada semester ini kepada program SENIBINA PUO untuk memastikan komuniti pendidiknya memperolehi peluang untuk memperbaiki prestasi profesional diri.

Terima Kasih kepada semua Keluarga Unit Senibina PUO, di atas segala teguran dan ide yang beri untuk menjayakan program 'Firma' yang baharu ini.

Terima Kasih pada Semua

DRN

Wednesday, April 27, 2011

Portfolio DAY (PF) Part II - The Interview


Salam Sem06,

Ok masa yang di nanti akan tiba esok, insyallah. Saya harap persiapan individu telah di buat sebaik mungkin (lihat posting sebelum ini). PF kali ini berbeza dengan PF sem lain. Ini adalah kerana kami jangka anda akan berdepan dengan Industri sekiranya lulus sem06. PF akan berjalan mengikut format Interview untuk setiap individu.

Pastikan anda tahu semua kerja anda baik dari segi teknikal mahupun aestetik. Jawapan anda akan menentukan markah akhir anda semua. Study sikit hasil kerja anda pada malam ini dan yang penting jawap dengan konfident dan tepat.

Aturcara esok:

1) 8.00 - 9.30 Persiapan studio untuk PF. Semua firma sediakan/tampalkan lukisan (dikawasan firma masing2) dan tempatkan model supaya dapat di nilai dengan mudah oleh panel penilai.

- Jam 9.30 tepat , ucapan perasmian Ketua Jabatan Awam - Di jangka PF akan bermula jam 10.30 pg

2) PF bermula dan anda akan di panggil oleh penilai mengikut firma dan akan di nilai secara individu, pastikan anda tahu kerja anda dan kumpulan - ingat Total Design. Sila berpakaian kemas seperti hendak menghadiri interview. Siapa yang ada CV juga bolehlah bawa dan tunjuk CV anda pada panel untuk penilaian.

3) Kemaskan studio dan pastikan PF berjalan dengan lancar.

4) Item2 yang mesti disediakan - Lukisan persembahan kumpulan; Portfolio Individu A3, MPP Document; PPR; Test; semua Model buatan ind dan kumpulan, dll yang baru


All the best dan buktikan kehebatan diri anda!

DRN and all SEM 06 lecturers

Friday, April 15, 2011

PORTFOLIO DAY! Glamour Yeop!

Salam Sem06, Apa khabar semua? Rasa sunyi pula saya sejak Studio06 bercuti :-( ... Walaubagaimanapun, saya berharap anda semua dapat berehat sedikit sebelum exam dan hari PORTFOLIO SEM06 nanti - sesungguhnya perjalanan kita belum berakhir lagi.

Sedikit info mengenai Portfolio Day nanti: PORTFOLIO bermaksud SATU DOKUMEN/LAMAN WEB YANG MAMPU MEMBUKTIKAN KEMAMPUAN DIRI DI DALAM SESUATU BIDANG.

Ia selalunya di gunapakai semasa interview atau sebagai instrumen penilaian tahap kecemerlangan diri. Anda dikehendaki menyediakan satu Dokumen bersaiz A3 yang mempamerkan semua hasil kerja semester ini. Padatkan dokumen ini dengan segala lakaran, foto2 model, perspektif, detailing dll yang anda telah hasilkan. Masukkan juga pada penghujung dokumen ini satu set lengkap lukisan persembahan projek anda sebagai penutup. (Penting: Muka surat pertama portfolio - sertakan biodata dan satu gambar ukuran passport berserta peranan anda mengikut fasa2, semasa perjalanan projek 2; LD, ALD; Researcher dlll)


Anda juga boleh menghasilkan satu e-portfolio; satu laman web/blog yang mempamirkan semua hasil kerja anda. Sekiranya anda memilih cara ini, maka dokumen anda bolehlah mengambarkan visual laman web/blog anda itu. Jangan lupa bawa komputer riba dan broadband untuk mempamerkan website/kerja2 anda.

Hari Portfolio anda telah ditetapkan pada 28 April 2011. Ia adalah satu hari yang penting bukan sahaja untuk diri anda tetapi juga untuk SENIBINA PUO. Pada kali ini PORTFOLIO DAY agak istimewa kerana kemungkinan besar pihak SDP, PENGARAH PUO dan wakil Industri akan bersama-sama menghadiri majlis ini, insyallah. Lebih banyak maklumat akan di diberi mengenai PORTFOLIO DAY dari masa ke semasa. Ikutilah blog ini untuk keterangan selanjutnya...


Semoga Berjaya Semua!


DRN

Thursday, April 7, 2011

The Final Show!


Salam Sem06,

Jumaat ini (8/4/11) akan kita adakan presentation terakhir sem ini. Its almost over!
Seperti yang di beritahu pada hari Rabu (6/4/11), diharapkan anda semua dapat bersedia untuk mempersembahan kerja2 anda dengan cara yang terbaik. Tiga perkara2 ini akan diambilkira oleh SDP dan kami:

  1. Cara berkomunikasi individu dan kumpulan
  2. Kualiti Hasil kerja kumpulan/Indvidu
  3. Kualiti PPR
Semoga berjaya! Enjoy your Final Show!

DRN

Monday, April 4, 2011

Good Nite

Salam Sem06,

TQ for the effort to put up your drawings. Have a good rest and see you fresh on Wed. The journey is not over.

DRN

Friday, April 1, 2011

D-DAY


Final hours submission tentative
04/04/2011 MONDAY
until 10.00am : Designs/ printing
10.01-10.59am : Final touch-up
11.00am : SUBMISSION at studio
11.30am-12pm : Breakfast-lunch
1.30 pm : Solat Zohor (wajib)
1.35 pm : collapzzzzze...

(Pls print out the project submitting form prior to the submission)