Thursday, March 31, 2011

Pengawal oh Pengawal..


Salam.
Saya dikhabarkan oleh saudara Udhaya, tentang kerumitan penggunaan studio pada waktu malam (dibenarkan sehingga jam 10 shj), masalah pelajar2 senibina memasuki Kampus B serta ditahan/ dihalang oleh pengawal keselamatan..
Anggaplah ini semua sebagai 1 cabaran & dugaan sebelum beroleh kejayaan..
“berat mata memandang..” Tuan Pengarah..pls HELP us..

Monday, March 28, 2011

I’M SUPER AUTOCAD


..Just for laughs.. Be RELAXed but the work is (near) PERFECT.
How are you guys doing? I am hoping to see all the zest & determination on the drawings.
Give it ALL . All for ONE , one for all & all will succeed (InsyaAllah).


P/s; Pls put some balance (touch of manuals) so that the works will NOT be looking too RIGID or too STIFF(side effects of too much on computers..),...

... unless of course you are this person below...


Friday, March 25, 2011

9 Hari 9 Malam!


Salam Sem06,

Terutama sekali ingin saya ucapkan terima kasih kepada semua diatas kerjasama yang diberi untuk STUDIO06 setakat ini.

Masa-masa akhir SEM06 dah tiba, selama 9 Hari dan 9 Malam yang akan datang ini saya berharap anda semua dapat tumpukan segala kesungguhan minda dan fizikal untuk menyiapkan kerja2 yang di kehendaki bagi projek Comunnal Space ini. Gunakan masa-masa akhir ini untuk memperbaiki kerja2 dan sikap kerja yang dikehendaki. Senarai keperluan Persuasion Phase yang di beri itu adalah senarai minima sahaja, kerja lebih sangat kami alu2kan. Masa untuk bersungguh2 dalam menyediakan kerja telah tiba. Jangan biarkan peluang untuk mendapat markah melayang begitu saja. Remember you are SEM06!

So all the best, cuba dan jangan putus asa.

DRN

Thursday, March 24, 2011

I’m more than a toilet designer (Pt6)

Semasa pengawasan kerja2 di tapak (arkitek/ c.o.w/ supervisor) akan sentiasa mementingkan kualiti kerja terbaik daripada kontraktor terutamanya apabila melibatkan kerja-kerja architectural finishing (kemasan). Tetapi antara yg kita tidak sedar ialah kebiasaannya kita terlalu ‘ambil mudah’ di dalam proses menghasilkan drawing atas alasan (overlook) ‘terlepas pandang’, atau tidak cukup masa.

‘Tiles hatching’ yg di hatch secara automatic di dlm CAD; bayangkan jika pengawasan kerja di tapak dilakukan tidak sempurna. Dan kontraktor memasangnya dgn berpandukan kpd ‘detail drawings’ dari arkitek ( yg dibuat oleh seorang TA). Hasilnya tidak memuaskan.. dan kita (sebagai wakil arkitek) ..aaakan ‘tiaw’ kontraktor itu kerana workmanship nya tidak bagus & kontraktor pula akan memberi jawapan “Ini u punya drawing cincai shj..sy bikin pun cincailah.”
Sebenarnya setiap butiran kerja kita (seorg TA) sememangnya melibatkan detail. Lukislah apa sekalipun, kita perlu lukis dgn teliti. Sebab teliti itu ialah teknikal.
10 custom details yg perlu disediakan mestilah sekurang-kurangnya spt ini.

Kita sudah biasa dengan disable toilet (OKU). Bolehkah anda sediakan disable ablution (ruang wudhuk OKU)?

Tuesday, March 22, 2011

Persuasion Phase: Submission Requirements

Dear All... These are the requirements you have to fulfill:

1. Design process/ Ideas in diagrams

2. Plan(s):
Key Plan (n.t.s)
Location plan (in appropriate scale)
Site plan (1:100 - 1:150)

3. Building Section :
x-x (1:100)
y-y (1:100)

4. Elevation(s) :
Front elevation (1:100)
Rear Elevation (1:100)
Left Elevation (1:100)
Right Elevation (1:100)

5. Sectional perspective (special space from ground to roof top showing services i.e. mechanical system and furniture layout with finishes)

6. Perspective(s) :
Exterior - min 3 in full A3 size per image (fully rendered)
Interior - min 3 in full A3 size per image (fully rendered)

7. Detailing(s) : min 10 (custom details)

8. Model : Sectional/ presentation model (1:100)

9. Landscape plan with blow up details; fully rendered (Scale will be determine by lecturer's)

Bare in mind:

For each and every details/ special design proposed, it has to respond with one of this criteria:

1. OKU/disable friendly
2. GBI/ thermal comfort/ passive design
3. Finishes/ materials/ joints

If you have confusion regarding the requirement, please ask and confirm it with the lecturer's assigned. Do not make assumption.

All the Best!

SDP Crit #5; DRAW a conclusion

Terima kasih utk semua pelajar, pensyarah dan khusus kpd Principle Raja Ar. Azman Shah & arkitek2 beliau yg telah menjayakan sesi crit terakhir (production phase) semalam.
Sila perkemaskan design, pertingkatkan mutu teknikal (kualiti RUANG) dan draftsmanship (kualiti LUKISAN).
Seorang cendikiawan Arab, pernah berkata “yang paling MUDAH dan yang paling SUSAH ialah BerFIKIR”.
Adakalanya bahan/ contoh telah ada bersama, tetapi tidak DIOLAHKAN (difikir) dgn sempurna.

..Pendayung sudah ditangan.., the pen is now in your hand. It’s the time to draw the conclusion!!
p/s; pohon feedback daripada rakan2 arkitek (SDP) terima kasih.

Thursday, March 17, 2011

I’m more than a toilet designer (Pt 5)

A BOOK VS E-BOOK
Semalam Unit Senibina, PUO didatangi oleh seorang pembekal/ jurujual buku2 Architecture; En.Din (dahulunya beliau pernah bersama Basheer). Beliau telah membuat sales exhibition di the Arch (sy cadang je..dah ada nama ke, binaan kontroversi tu?). Jika x salah exhibition tu yg pertama melibatkan pihak luar diadakan di ‘tempat kita’, yg pertama ialah pameran benches ( projek sem 5) tempoh hari.
Walaupun the Arch (tempat itu) telah dilemparkan dgn perbagai tafsiran negatif. Namun pd hari semalam, sy betul2 merasakan tempat kita hidup sebagai sebuah school of architecture. Saya melihat ramai rakan2 pensyarah & pelajar membeli (walaupun di tgh bulan)& mengambil kesempatan ‘free reading’ perbagai jenis buku2 acrhitecture yg dibawa oleh en.Din
Rata2nya di mana2 school of architecture; sewaktu sedang sibuk dgn studio & Mr. Basheer dtg bersama-sama buku architecture yg bertimbun. 1 pengalaman yg begitu mengujakan. Waktu itu jugalah kita bermain dgn penilaian, kepentingan & kewangan. Nak cari buku susah & buku yg lama kita cari & yg bagus ( yg berkhasiat utk masa depan) kini berada di depan mata. (Seandainya kita bekerja di UK, harga buku memang murah, apa sangat dgn nilai 20 pound, tetapi apabila di M’sia. Beli dgn duit RM utk ditukarkan senilai dgn matawang asing, itu yg menyebabkan buku-buku itu mahal). Nak beli ke tidak? X beli rugi., beli puas..tapi lepas tu kenalah ikat perut..



Kini, menerobos ke era kemajuan fb, ipad, sains,teknologi & black/blueberry. Kita mempunyai e-book. Sy sendiri mempunyai lebih drpd 50 jenis ebook, yg sy download, copy & paste pd sem ini.
Ilmu itu jika dibiarkan,tidak diasah, berulang kali akan tumpul & berkarat spt mata parang..
Apa guna ebook? jika tidak dibaca, tidak dirujuk, tidak dibuat presentation utk dikongsi bersama kawan2? Apakah kemahiran akan dtg secara automatic?

Semalam sy telah membeli sebuah buku berjudul stone architecture. (perasaan memiliki buku sebenar.. begitu mengujakan). Sy yakin sy tidak dpt menjadi seorg pakar dgn hanya membaca sebuah buku, tetapi sy juga yakin
sy akan menjadi semakin yakin
apabila membentangkan, menceritakan tentang konsep/ kaedah stone architecture terutamanya kpd pelajar. Selepas ini (semasa site visit) sy akan menghabiskan masa berminit2 dgn hanya MERENUNG details ( kemasan terutama yg melibat stone spt granite, marble tiles dsb). Dahulu sy hanya berpengalaman tentang toilet (sebagai toilet designer), kini sy mempunyai pengalaman tentang toilet & stone architecture.

Kata En.Din“ Sy pernah menjual buku kpd En. Kamil Merican (GDP’s big boss). Sy tunjukkan buku2 pd dia..sy dia diam sj. Saya tengok dia hangguk..tanda puas & ..sy juga puas.”
Kesimpulan: SYABAS sy ucapkan kpd rakan2 pensyarah & pelajar2 yg membeli & ‘membeli’ buku semalam. Without reading we are nothing!

Wednesday, March 16, 2011

I’m more than a toilet designer (Pt4)

1)Don’t simply keep A SIDE the OUTSIDE.

Penjelasan: Design bermula drpd LUAR ke DLM serta DALAM ke LUAR.. Jadikan ia spt satu permainan yg mengujakan.. (Let people feel the spaces..as if there are in..)


2)A few things might look SIMPLE but there are more (to be shown) on TECHNICAL.


Penjelasan: Jangan simpulkan perkara yang MUDAH menjadi terlalu RINGKAS, umpamanya apabila anda merekabentuk sirkulasi (laluan, corridor, passageway, walkway dsb). Anda perlu faham kegunaan laluan tersebut, berapa saiz/ lebar?, berapa org boleh berselisih, apa material/ kemasan yg digunakan?.. sediakan LAKARAN.


3)too much on CAD makes your design FLAT

Penjelasan: Larikan minda anda..daripada kebiasaan. Break free. Jangan terlalu dikongkong oleh autocad (Usah selesaikan semua perkara dlm cad) Contoh: Adalah lebih cepat & efektif apabila anda print draf shj & touch-up secara manual. Btw, kerja2 anda tetap akan dicrit (..diconteng) oleh pensyarah2 & arkitek2..
Symtom; ‘penyakit’ anda berlarutan apabila design anda kelihatan terlalu kekotakkan (rigid) dan keratan yang dibina menjadi terlalu RATA (tiada sense of levelling) seolah-olah hanya ia dibina di atas meja tidak di atas tapak.

If you do FLAT..I am seeing RED
Anda mengambil mudah..(anda mengundang padah?)..
..Am I a designer? What type?

Monday, March 14, 2011

I’m a Toilet Designer (Pt3)

How detail is the DETAIL???
Sebenarnya tugas kita dalam architecture ini amat mudah..
Ketahui 1 perkara penting dlm architecture: PEMERHATIAN adalah PEMBACAAN, yes Observing is READING. Perkara asas & remeh spt tandas mungkin tidak penting kpd org biasa. Tetapi tidak pada kita.
Ingat lagi exercise yg pernah dibuat oleh DrN dlm sesi seek & speek? Cara pemerhatian:-
a) apakah yg sepatutnya ADA (di situ) & ia ADA?
b) Apakah yg sepatutnya ADA (di situ) & ia TIADA?
c) Apakah yg sepatutnya TIADA (di situ) tp ia ADA?

Permainan ini amat berguna kpd pelajar bagi meningkatkan skil & sensiviti. Keperluan utk permainan ini adalah sketch book & sketching.. LAKARkan kefahaman, nescaya ia pasti akan berguna & anda tidak akan lupa sampai bila-bila..

Saturday, March 12, 2011

I am a Toilet Designer (pt2)

Sewaktu sy bekerja di firma GDP, kebanyakkan tugas sy ialah membuat details toilet. * Tidak lama sy di sana kerana ‘tidak tahan’ membuat kerja2 toilet saja. Anda perlu ingat bahawa toilet adalah ruang istimewa bukan tempat kotor utk ‘buang & keluar’. Contoh terbaik keselesaan toilet pada hari ini dapat dilihat di hentian2 R&R. Bagaimana penggunaan material. Terdapat aturcara bagaimana merekabentuk kemasan (finishes), ia bukan sekadar menggunakan command hatching di dlm AutoCad semata2. Tetapi setiap bahan perlu ditentukan saiz & ukuran yg tepat.

Buatkan lakaran, kerana ia membantu memperjelaskan kefahaman. Sebagai seorg TA sensitiviti terhadap bahan, saiz & ukuran amatlah penting. Apabila kerja-kerja finishes selesai dipasang dan ia menjadi cacat ( contoh; waterhose disebelah kiri dalam toilet, ini memberi maksud bahawa anda perlu membacuci ***@#%** dgn tgn kanan). Apa shj kecacatan yg melibatkan anthropometric, finishes, fitting, ironmongery.. memberi maksud bahawa anda telah mengabaikan tugas anda sebagai seorg toilet designer!!

p/s; *Kerja2 toilet design itu sebenar adalah TEST utk sy (drpd bos lama).Sekiranya saya ‘tahan’ dengan dgn kerja2 tersebut, pastinya sekarang sy sudah menjdi..

Friday, March 11, 2011

I am a Toilet Designer (Pt 1)

During my school days, I used to have a friend. He was a foreigner, coming to M’sia to do his Masters. He loves travelling and shopping. As we were studying in UTM, visiting Singapore was his regular routines. Everyone knows studying architecture takes you up to minimum six years to finish the total study (until the pt2). One day he asked me “What’s the advantage of studying architecture?”..I am taking time to give an answer (.. I felt it was rather an indirect question) Because I knew his hobby was travelling and shopping.. so I gave him the answer “ Being a student of architecture, even for the first time for any buildings..I come in. I know where the nearest TOILET is.

Thursday, March 10, 2011

Site Visit 3; the Enclave


Hari semalam kami kumpulan pensyarah bersama 2 orang wakil pelajar sem 6 dan 2 org wakil dari sem 2 telah berkesempatan melakukan lawatan tapak yg terletak tidak jauh dari PUO. Amat bertuah, kerana kami dapat bertemu sendiri dengan arkitek projek iaitu Ar. Mohd Faid dari ZDR Sdn. Bhd.
The Enclave merupakan sebuah projek perumahan bertaraf mewah mencetuskan gaya senibina moden contemporary. Walaupun ia merupakan projek perumahan, tetapi situasi di tapak adalah berbeza, ia bukanlah semudah copy & paste di dlm komputer. Seringkali kali kita mendengar org menyebut projek housing, adalah perkara mudah kerana kebanyakannya adalah repetitive designs, namun hakikat sebenar tidak semua (arkitek) mampu menguruskannya. Bayangkan seorang arkitek baru...bagaimana utk berdepan dgn 2 KLIEN (yg berbeza)? Klien yang sebenar(pertama) ialah pemilik projek. Dlm konteks ini pemilik( hanya memiliki tanah) telah memberikan kuasa kpd pemaju projek (the paymaster) yang mempunyai dana untuk memajukan projek tersebut. Jadi arkitek perlu response kpd pemaju (klien).
Pemaju pula telah menjual unit2 rumah yg dalam pembinaan kpd pembeli( buyers). Oleh itu pembeli adalah klien kpd pemaju. Tetapi pembeli tidak boleh menjadi klien kpd arkitek kerana tiada kontrak antara pembeli dgn arkitek..(anda perlu bertanya kpd pensyarah/ arkitek utk mengetahui apakah perbezaan antara kontrak bangunan/ kontrak utk perumahan) (keperluan maklumat sbg seorg TA)

Paling menarik tentang projek ini ialah pengolahan rekaBENTUK dan penghayatan terhadap ruang-RUANG. Permaianan SOLID & VOID..
Tidak semua ruang perlu ditutup dgn PINTU..
Tidak semestinya pintu berkeTINGGIan 7’ (2100)
Tidak semestinya semua RUANG itu sama tinggi.
RUANG ‘double-volume’ mesti dirancang dgn teliti
Kerana ia adalah ruang penarik/ memberi kejutan.. tidak perlu sampai ke BUMBUNG,
Dan gaya bumbung sekarang..spt kata Ar. Mohd. Faid “ the four-pitched roof is out” gaya contemporary sekarang kembali kpd mono-pitched, dual pitched, bersama ++ corner window, coping, groove line, fins, screen etc. Architecture is so enjoyable..aahhhs

Monday, March 7, 2011

Test 1: Rubric Assessment


Dear students
As for your information, this is the rubric marking scheme for test 1 & 2.
You are advised to take note the five areas of assessment.
Honestly, the test isn’t a test.
It’s for you to do your work
technically to your level best!