Thursday, June 24, 2010

JURNAL CRIT

Untuk semester ini, beberapa perubahan akan dilakukan, di antaranya, Borang Krit telah berubah menjadi Jurnal Krit. Jurnal Krit ini adalah satu kaedah pembelajaraan yang mengalakkan pelajar dan pensyarah berkongsi maklumat dan ide mengenai sesuatu proses rekabentuk.

Jurnal Krit adalah satu dokumen yang akan disediakan oleh pelajar tetapi pengisiannya adalah kongsi sama pensyarah dengan pelajar. Oleh kerana, proses merekabentuk adalah satu proses yang rumit dan mengambil masa, maka kaedah Jurnal ini membenarkan pelajar dan pensyarah melihat perkembangan ide dari awal hingga akhir. Jurnal ini juga membantu pensyarah dalam proses penilaian pelajar. Kandungan Jurnal hendaklah terdiri dari penulisan dan lakaran sahaja. Contoh Jurnal Krit adalah seperti berikut - KLIK SINI

Salinan Jurnal Krit boleh di perolehi di sini - KLIK SINI. Pelajar dikehendaki mencetak salinan Jurnal ini dan menjilidnya untuk kegunaan setiap semester.

Bukukan evolusi ide anda!

No comments:

Post a Comment