Friday, April 29, 2011

Terima Kasih ...



Salam Semua,

Dengan selesainya Portfolio SEM06, maka selesailah komponen PNP terakhir Senireka 06. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Terima Kasih kepada semua >

Terima Kasih kepada Pelajar SEM06, di atas kerjasama yang di beri selama semester ini untuk menjayakan Senireka 06. Semoga berjaya semua!

Terima Kasih kepada Tn. Hj Zaharuddin, En Sid, Pn Emi, Cik Liyana dan En Fikri, Pensyarah Senireka 06 2010/2011, diatas segala komitment ikhlas yang di beri untuk memastikan anak buah didikan tuan/puan mendapat didikan dan teguran yang sewajarnya.

Terima Kasih kepada SDP Arkitek, di atas keperihatinan tuan dalam bersama mendidik anak bangsa melalui Program 'Firma', yang julung2 kalinya di adakan di PUO. Semoga kerjasama ini akan berterusan.

Terima Kasih kepada Penilai Portfolio, di atas kesabaran dan kesanguppan tuan/puan untuk menjaya komponen Portfolio ala Interbiu dengan jayanya.

Terima Kasih kepada Pengurusan PUO, diatas sokongan yang di beri pada semester ini kepada program SENIBINA PUO untuk memastikan komuniti pendidiknya memperolehi peluang untuk memperbaiki prestasi profesional diri.

Terima Kasih kepada semua Keluarga Unit Senibina PUO, di atas segala teguran dan ide yang beri untuk menjayakan program 'Firma' yang baharu ini.

Terima Kasih pada Semua

DRN

6 comments:

  1. terima kasih juga kepada semua para pensyarah dan rakan-rakan yang telah membantu kami di dalam semua projek yang dilaksanakan,dengan secara kuliah mahupun melalui sesi krit secara kumpulan.

    ReplyDelete
  2. Thank You to All... Minta Maaf salah silap sepanjang semester 6 ini.. Peace!

    ReplyDelete
  3. Sama-sama DRN :) Thanks for giving me the opportunity to work as part of the team.

    ReplyDelete
  4. terima kasih kepada pensyarah2, walaupun kadang2 panas hati dengan sikap kami sepanjang pengajian sem06 nie~
    diharap maafkan kesilapan kami semua selama ini~
    kami doakan yang terbaik dan sihat sejahtera kepada DRNana, EnSID, EnFikri, PnEmi, CikLiyana, dan EnHjZaha...terima kasih banyak2~
    GoGreenLine~

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum..
    شكرا جزيلا kepada semua para penyarah yang sabar mendidik kami..maaf dipinta sekiranya ada perilaku yang tidak memuaskan yang telah kami tonjolkan..sebagai manusia biasa kami juga ada kekuranganya..segala teguran akan kami perbaiki dr masa kesemasa..harapan kami agar para penyarah memberkati Ilmu yang telah diberikan kepada kami..

    Susulan surat layang yg telah dhantar pada cik sid..saya harap c.sid dan penyarah yang lain dapat bersabar..segala apa yang berlaku adalah ketentuan Illahi..Allah lebih mengetahui segala2..terimalah ia sebagai satu tanda yang Allah amat menyayagi kita..kerana..segala ujian yang diberi adalah tanda Allah sayangkan kita..jadi bersabar dan bermuhasabah adalah jalan terbaik bg mereka yang ditimpa musibah..

    إن شاء الله...

    jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para pendidik..

    ws..:)

    ReplyDelete