Based on the information given in class on 12 March 2012.
All students are required to produce a TOPICAL STUDY, the topic could be any issues such as bio climatic, environmental, constructions, special materials or new architectural inventions.
Submission requirements
i. Four A3 size potrait presentation poster.
The presentation should include all the following :
- Title
- Introduction of the issue or problem.
- Objective of the research.
- Scope of research
- Methodology research.
- Analysis / Research
- Proposal / Conclusion
Week 12 :
- Selection / Proposed alternative topics.
- Discussed on proposal topics with your firm.
- Data collection towards your proposal topic.
- Manage the report strategies
- Seek and compile data and literature study.
- Methodology structure.
- Submit 1st Draft and proposal poster.
- Continued topicla study phase.
- 1st Draft comment
- Prepare for final draft.
- Correction and final editing
- Poster preparation and comments.
- Multimedia comments
- Topical study submission and presentation
- Poster & Slide / Multimedia (CD)
- Concurrently with Design Submission
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GayaHidup_Studiobagaikanrumahkedua/Article/index
ReplyDeletePelajar seni bina terpaksa luangkan masa lama bagi siapkan tugasan
MENYIAPKAN projek lewat malam hingga ada masanya tertidur di studio sebelum terus menghadiri kuliah di ruang bersebelahan keesokannya ialah norma dalam kalangan pelajar seni bina.
Sepanjang lima hingga enam tahun pengajian, pelajar bidang profesional itu sentiasa sibuk dengan tugasan projek dan diperlukan membuat pembentangan setiap minggu bagi memastikan mereka mencapai sasaran tahap kerja.
Justeru, tidak hairan ada pelajar bidang itu yang menganggap setiap hari ialah peperiksaan seperti diungkapkan penuntut seni bina Universiti Putra Malaysia (UPM), Ng Sue Ann, 23, ketika ditemui baru-baru ini.
Katanya, pengajian bidang seni bina memerlukan komitmen tinggi walaupun tidak memerlukan banyak pembacaan dan lebih banyak membabitkan aspek praktikal iaitu projek rekaan bangunan.
“Memang agak sukar bagi kami menyertai program kokurikulum yang mengambil tempoh lebih sehari kerana kebanyakan masa diluangkan di studio untuk menyiapkan projek termasuk pada hujung minggu. Ada masanya kami terpaksa tidur di studio untuk menyiapkan projek.
“Lebih mudah dan fokus untuk melaksanakan tugasan di studio berbanding di rumah kerana kemudahan di sini lengkap dan boleh berbincang dengan rakan jika mengalami kebuntuan. Secara tidak langsung, hubungan kami lebih akrab termasuk antara pelajar junior dan senior kerana kebanyakan pelajar seni bina meluangkan masa di studio berbanding di luar,” katanya.
Saiful Azam Azizan, 29, yang kini mengikuti pengajian tahun kelima bidang seni bina di UPM turut mengakui studio umpama rumah baginya terutama sejak tahun keempat pengajian apabila lebih banyak tugasan projek perlu disiapkan.
Setiap minggu beliau memperbaharui permohonan menggunakan studio lebih masa bagi membolehkannya bermalam di fakulti untuk menyiapkan tugasan.
Ruang kerjanya di studio kelihatan seperti bilik kerana bukan saja sarat dengan hasil lakaran dan model rekaan bangunan, tetapi turut dilengkapi keperluan peribadi seperti tilam, pakaian, pinggan, mangkuk, periuk nasi dan tuala.
“Kebanyakan masa diluangkan di studio termasuk tidur. Saya hanya pulang ke rumah sewa untuk membasuh baju. Pihak fakulti tiada masalah membenarkan kami bermalam di studio kerana faham dengan program pengajian kami yang memerlukan banyak masa diluangkan bagi menyelesaikan projek.
“Kepercayaan diberi fakulti itu kami hargai sebaiknya dengan menepati peraturan seperti menutup lampu apabila tidak digunakan, menjaga kebersihan dan menjaga batas pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan,” katanya.
Sementara itu, pelajar tahun empat di universiti sama, Mohd Farez Mustapha, 30, yang mempunyai pengalaman bekerja sebagai pembantu arkitek mengakui pengurusan masa amat penting dalam bidang itu ketika belajar mahupun bekerja.
“Tidak dinafikan cabaran menghasilkan rekaan bangunan menepati kehendak tertentu dan piawaian pelanggan menuntut pelajar serta pengamal bidang profesional ini menumpukan kebanyakan masa terhadap tugasan projek diamanahkan.
“Ada pelajar hadir kuliah pagi dengan mata merah atau hilang idea ketika membuat pembentangan kerana tidak cukup tidur. Ketika bekerja juga, ada arkitek yang bermalam di studio untuk menyiapkan projek.
“Pelajar perlu bijak merancang pengurusan masa termasuk mengelak menyiapkan tugasan projek pada saat akhir bagi memastikan pengajian tidak terjejas,” katanya.