Thursday, August 26, 2010

Sebiji Ketupat di Kota Esfahan


Dari Ipoh ke Beijing, dari Kuantan ke Capetown malah dari P.Pinang ke Kota Esfahan, kepada semua pelajar2 dan x-pelajar2 kami, dimana jua anda berada untuk berhari raya; Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Happy Eid-Mubarak dan selamat bercuti dari kami pensyarah-pensyarah SENIBINA2010.

>(1) Khas kepada pelajar2 yang akan pulang kekampung masing2, bermula 4hb Ogos2010 nanti dan semua graduat2 SENIBINA PUO dimerata Malaysia, jagalah diri dalam perjalanan pulang dan jangan lupa sampaikan salam Hari Raya dari kami kepada orang tua/penjaga/pasangan di kampung.


>(2) Khas kepada mereka yang di perantauan, bagaikan Sebiji Ketupat di Kota Esfahan, ingat selalu akan tempat asalmu, budayamu dan didikanmu. Jangan lupa akan nilai diri kita di tempat orang.


Akhir Kata, sekali lagi Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin pada semua & ...Oh yes, jangan lupa datang balik dengan selamat!

Tuesday, August 24, 2010

Persembahan Kajian Rekabentuk 25/08/10

"Sharing is Caring!"
Salam Sem06,
Hari ini telah bermula sessi pertama persembahan Kajian Rekbentuk. Sebanyak lima kumpulan telah menyampaikan hasil kajian mereka dan insyallah enam lagi pada hari Isnin. Secara amnya memang banyak kerja yang telah dibuat oleh kumpulan2 ini tetapi hasrat kajian bukanlah sekadar mempaparkan informasi yang dikumpul tetapi menganalisa dan merumuskan informasi ini supaya ianya berguna untuk rekabentuk TOY STORE -- Sila rumuskan dengan tepat dan fikirkan bagaimana ianya akan membantu rekabentuk anda nanti. -- Cadangan saya: Ikut formula tersebut:
Kumpul informasi (mungkin banyak yang dikumpul, no problem)> Kaji informasi (apa yang ada dan bagaimana hendak menggunakannya dengan berkesan melalui penganalisaan mudah) > Pilih Informasi yang sesuai. Disini juga anda perlu membuat keputusan untuk buangkan maklumat yang tidak relevan. > Persembahkan Informasi mengikut masa yang diberi secara tersusun (jangan peningkan penerima maklumat).
CUBA!Komen?

Saturday, August 21, 2010

Wahai si-KL !?

Salam SEM06,
Memang tidak boleh dinafikan lagi, kuih lapis (KL) adalah antara beberapa kuih Malaysia yang begitu popular dengan masyarakat Malaysia terutama sekali dengan masyarakat Melayu dan Cina (Gambar diatas adalah contoh KL yang menggunakan recepi masyarakat Cina). Agaknya, apa yang ada pada kuih yang mudah ini yang menyebabkan ianya dapat bertahan di persada sajian kuih muih Malaysia selama ini? Sambil kita sibuk dengan kerja2 menyediakan hasil Kajian Rekabentuk, sebagai selingan untuk menajamkan pemikiran kritikal, fikir2kanlah soalan berikut : Apakah rahsia mu wahai si-KL?

Thursday, August 19, 2010

Context

WHAT IS MEANT BY CONTEXT?
- Context is the character and setting of the area within which a projected scheme will sit.

WHY CONTEXT IS IMPORTANT?
- It is about understanding the position of development, and how to position a development.

These are the priorities to be considered as a designer:

1. Strengthening local communities;
2. Creating places of distinction;
3. Harnessing intrinsic site assests and resources;
4. Integrating with surroundings;
5. Ensuring feasibility;
6. Providing vision.

Resource: Urban Design Compendium Volume 1; Llewelyn-Davies; English Partnership, The Housing Corporation.
You are required to do further reading on each priority listed in order to understand. Given are only key words. So, please READ..... ( READ = OBSERVE )
Seperti biasa ada soalan/komen?

Key Aspect of Design in Urban (Urban Design Compendium Vol. 1)

1. PLACES FOR PEOPLE - create an environment where everyone can access and benifit from the full range of the opportunities available to members of society.

2. ENRICH THE EXISTING - be integrated to the existing urban form and the natural and built environments.

3. MAKE CONNECTIONS - be integrated into the existing urban form and the natural and built environments. Address the connections between people and places by considering the needs of people to access jobs and key services.

4. WORK WITH THE LANDSCAPE - consider the direct and indirect impacts on the natural environments.

5. DESIGN FOR CHANGE - create an environment where people can access and benifit from the full range of opportunities available to members of society.

Resources: Urban Design Compendium Volume 1; Llewelyn-Davies; English Partnerships, The Housing Corporation.
Dear students... stated above are some of the important aspects we need to consider while designing in urban. Please do further reading on the topic related in order to help you understand who, what, where, which and how to design properly.

Remember that we are in the process of learning. To make it easier, do discussion or brain storming in groups of 5 or less. Try it! You'll be surprise of the outcome! Sharing is caring!

Monday, August 16, 2010

Kajian Rekabentuk 13-25/8/10

Salam Sem06,
Proses pengajian rekabentuk sedang berlangsung. Apa yang kami harap kajian2 kecil ini akan membantu semua untuk merekabentuk nanti. Cara kajian ini dibuat adalah melalui konsep kerjasama. Hanya dengan bekerjasama kita akan dapat memperolehi satu kajian yang menyeluruh. Maklumat2 yang di cari mestilah setepat yang mungkin kerana ianya akan digunapakai oleh semua, kalau kita memberi maklumat yang kurang betul, impeknya akan dirasai oleh seluruh SEM 06, dengan ertikata yang lain kita semua bertanggungjawab diatas ilmu yang akan kita kongsi bersama. Maka gunakanlah peluang ini untuk membantu diri sendiri dan kawan2 seperjuangan.
Sambil2 menyediakan kajian rekabentuk ini, jangan lupa untuk berfikir mengenai rekabentuk anda. Saya rasa banyak input yang telah kami beri setakat ini. Mulalah serta merta dengan ide2 awal TOY STORE. Banyakkan lakaran2 mudah yang boleh membantu anda memahami rekabentuk anda dengan tepat. Cuba dari sekarang ini bayangkan ruang2 interior anda yang akan dibina nanti. Kadangkala ide yang disimpan di minda tanpa di lakarkan/ditulis akan hilang begitu sahaja, inilah tujuan anda menyimpan sketches (seperti yang dibuat untuk SnA). Cuba amalkan budaya2 sebegini dari sekarang dan jangan hanya tunggu disuruh atau untuk penilaian sahaja. Kalau anda semua serius mengenai 'design', buktikan dengan aktiviti sedemikian.
SELAMAT MENCUBA!
Ada apa2 komen/ide/cadangan yang ingin di ketengahkan mengenai projek Toy Store atau Kajian ini?
p.s. IRONMAN GEMPAK! - Best Marvel Hero ;-)

Thursday, August 12, 2010

Lawatan Tapak 130810

Salam Sem06,

Hari ini (130810) kita semua telah melawat tapak TOY STORE di Greentown Ipoh. Pada saya tapak ini agak menarik kerana ianya terletak di tengah2 bangunan bisness. Saya sempat jumpa Mike's Place, satu restaurant/pub yang agak menarik bentuknya. Cara tempat ini di olah dan kedudukannya begitu menarik seolah2 tersorok di hujung satu lorong. Ia juga pandai menggunakan binaan sediada untuk menghidupkan suasana yang baru - ini adalah kreativiti. Saya berharap pelajar2 juga telah dapat sesuatu apabila melawat tapak tadi. Walaupun semua yang ketapak tidak dikehendaki membuat kajian kes mengenainya, tetapi saya rasa sebagai seorang perekabentuk, mengenali tapak adalah amat penting. Cuba lihat kawasan sekeliling, jenis2 bangunan, fasad2 yang ada, ruang2 yang wujud, suasana pagi dan malam dsbnya - apakah keunikan yang ada dan apa yang boleh digunakan.

Saya juga berharap pelajar2 juga dapat menghayati kehendak URBAN DESIGN (UD). Secara kasar UD adalah satu rekabentuk yang:

1) It has a civic dimension - focused on public environment.
- ini bermaksud pada rekabentuk anda mestilah ada ruang2 yang mementingkan pengguna2 di situ dan bukan sahaja pengunjung TOY STORE. Ia adalah satu rekabentuk untuk orang ramai (public).


2) It has a long range time frame of action and INDEFINITE product.
- ini bermaksud rekabentuk anda mestilah untuk jangka panjang, anda perlu memikir bagaimana rekabentuk anda (iaitu penguunaannya) mampu kekal untuk jangkamasa yang lama

3) It enables environmental change not authorizes it
- ini bermaksud rekabentuk anda mestilah membolehkan perubahan berlaku dan bukannya mengawal perubahan atau dengan ertikata yang lain rekabentuk anda mestilah fleksible.


4) It is an anonym product.
- ini bermaksud ada bahagian2 rekabentuk anda yang bukan hak individu tetapi hak semua.

Cuba fikirkan mengenai kehendak URBAN ini dan bagaimana ianya boleh menghidupkan rekabentuk anda.

Ada apa2 KOMEN/SOALAN mengenai lawatan hari ini?

Monday, August 9, 2010

Lawatan Belajar 090810


Salam Sem06,

OK, kembali kita untuk meneruskan perjuangan merekabentuk TOY STORE. Kami berharap, lawatan semalam (090810) dapat membuka mata/minda semua. Tujuan lawatan adalah untuk membawa pelajar melihat dan merasa suasana rekabentuk2 yang sedia ada. Banyak yang boleh di lihat apabila minda kita bersedia untuk melihat. Persediaan minda datang dari pengisian ilmu sebelum membuat lawatan, kalau tidak apa yang dilihat tidak akan memberi kesan yang dikehendaki. 'Observation' adalah satu kaedah belajar yang berkesan. Kami berharap pelajar tidak terlalu tumpu kepada jenis2 mainan dan rekabentuk2 kedai mainan sahaja tetapi tengok juga akan rekabentuk kompleks2 yang dilawati. Cuba kaji kegunaan ruang atrium, tangga utama, peranan cahaya dsb . Ingat sekali lagi kepada formula yang telah diketengahkan tempoh hari.

PENTING>>Ada sebarang komen/persoalan yang ingin ditanya/dikongsi bersama mengenai apa yang dilihat?

Friday, August 6, 2010

Bicara PUOdesign-FEST

Salam Semua SEM,

PUOdesign-FEST 2010 telah berakhir dan saya berharap ianya telah mencapai objektifnya. Untuk memantapkan perjalanan FEST ini pada masa2 akan datang, SILALAH MEMBERI FEEDBACK/KOMEN YANG BOLEH MEMBANTU KAMI MEMPERBAIKI FEST INI. HARAP SEMUA SEM (SILA HEBAHKAN) DAPAT BERKONGSI PENGALAMAN.

Dibawah adalah dua komen yang telah di tulis sebelum ini:
Anonymous said...

ahlan wahsalah..salam ukhwah!sekencang dakwah...

Festival ini adalah paling bermakna bagi semua warga unit seni bina, oleh kerana satu perubahan yang drastik, mmg saat ini yang kami nantikan, dimana ukhuwah dapat dijalankan dalam warga unit senibina antara pelajar2 dengan pensyarah.. bukan saja ukhuwah dapat dieratkan, malah dapat menimba banyak input serta berkongsi pengalaman dengan pensyarah... kalau boleh festival ini dijadikan acara tahunan dimana pada masa akan datang, aktiviti yang dijalankan akan dibaikpulihkan dengan aktiviti yang lebih bermutu....best..best..best....

Anonymous said...

tamatlah sudah designfest~
kami akan merindukanmu~


Teruskan memberi komen!...

Sunday, August 1, 2010

PUOdesign-FEST 2010


Salam semua warga SENIBINA PUO, seperti yang diheboh2kan beberapa minggu lalu, pada 4,5 dan 6hb Ogos 2010, Unit dan Kelab Senibina akan bekerjasama untuk menganjurkan satu workshop rekabentuk di PUO. Sama2lah kita menjayakanya - Klik di sini untuk keterangan lanjut!
PUOdesign-FEST - Creating a Creative Community
BARU>>>
Salam semua SEM,
Tidak lama lagi akan bermulalah PUOdesign-FEST, satu2nya event anjuran warga SENIBINA untuk kebaikan bersama semua warga PUO. Saya berharap event ini mampu melonjak nama SENIBINA sebagai pencetus kreativiti dan inovasi POLITEKNIK dan bukan hanya satu nama yang hanya hidup di satu sudut kecil di hujung kampus B. Inilah masa kita untuk membuktikan bahawa kita ini mempunyai peranan yang besar yang boleh dikongsi bersama dengan semua untuk kebaikan bersama. Hanya melalui sikap bekerjasama dan berfikiran positif sebegini sajalah SENIBINA PUO mampu mengubah identiti diri dan sekaligus membantu institusi ini dalam memperkukuhkan peranan Primiernya.
--- DRN
p.s. (Maafkan saya kerana tidak hadir bersama2 semua kerana terpaksa bermesyuarat diluar Ipoh :-( , anyway enjoy yourselves tomorrow and please learn from each other.)