Thursday, August 12, 2010

Lawatan Tapak 130810

Salam Sem06,

Hari ini (130810) kita semua telah melawat tapak TOY STORE di Greentown Ipoh. Pada saya tapak ini agak menarik kerana ianya terletak di tengah2 bangunan bisness. Saya sempat jumpa Mike's Place, satu restaurant/pub yang agak menarik bentuknya. Cara tempat ini di olah dan kedudukannya begitu menarik seolah2 tersorok di hujung satu lorong. Ia juga pandai menggunakan binaan sediada untuk menghidupkan suasana yang baru - ini adalah kreativiti. Saya berharap pelajar2 juga telah dapat sesuatu apabila melawat tapak tadi. Walaupun semua yang ketapak tidak dikehendaki membuat kajian kes mengenainya, tetapi saya rasa sebagai seorang perekabentuk, mengenali tapak adalah amat penting. Cuba lihat kawasan sekeliling, jenis2 bangunan, fasad2 yang ada, ruang2 yang wujud, suasana pagi dan malam dsbnya - apakah keunikan yang ada dan apa yang boleh digunakan.

Saya juga berharap pelajar2 juga dapat menghayati kehendak URBAN DESIGN (UD). Secara kasar UD adalah satu rekabentuk yang:

1) It has a civic dimension - focused on public environment.
- ini bermaksud pada rekabentuk anda mestilah ada ruang2 yang mementingkan pengguna2 di situ dan bukan sahaja pengunjung TOY STORE. Ia adalah satu rekabentuk untuk orang ramai (public).


2) It has a long range time frame of action and INDEFINITE product.
- ini bermaksud rekabentuk anda mestilah untuk jangka panjang, anda perlu memikir bagaimana rekabentuk anda (iaitu penguunaannya) mampu kekal untuk jangkamasa yang lama

3) It enables environmental change not authorizes it
- ini bermaksud rekabentuk anda mestilah membolehkan perubahan berlaku dan bukannya mengawal perubahan atau dengan ertikata yang lain rekabentuk anda mestilah fleksible.


4) It is an anonym product.
- ini bermaksud ada bahagian2 rekabentuk anda yang bukan hak individu tetapi hak semua.

Cuba fikirkan mengenai kehendak URBAN ini dan bagaimana ianya boleh menghidupkan rekabentuk anda.

Ada apa2 KOMEN/SOALAN mengenai lawatan hari ini?

8 comments:

  1. Would like to share with you all,as i noe Greentown is IPOH technology corner, where most of the trading of computer telecommunications and related technology. . . Here's restaurants are of "upscale" restaurants. . . But I quite like the architectural style, similar to the foreign style.

    ReplyDelete
  2. DRN:
    Good observation! lots of IT biznez but what could this mean... StarCraftII anyone?

    ReplyDelete
  3. projek kali telah byk menimbulkan beberapa soalan yg dikemukan oleh pelajar2. begitu juga dgn saya,
    soalan :

    1. Adakah projek toy store ini, dari segi fasad perlu mengikut kehendak urban.

    2. Penilaian dari aspek rekabentuk yg bercirikan toy store atau dari rekabentuk bggn sekeliling yang di tekankan di dalam projek kali ini.

    3. teknikal or rendering yg lebih di utamakan dalam presentation dwg?

    ReplyDelete
  4. DRN:
    (1),(2) :Perlu ingat, kehendak asas projek ini adalah merekabentuk sebuah TOY STORE di dalam kawasan Urban. Rekabentuk yang berjaya adalah rekabentuk yang mampu mencantumkan kedua2nya sekali dengan bijak.
    (3) Bagi 'kita' (di Politeknik) pengetahuan teknikal amat penting, begitu juga dengan kebolehan merekabentuk struktur/ruang dan pengaliranyan/bentuk dalam dan luar dll.-- Apa tujuan rendering bagi 'kita', Kegunaan rendering adalah untuk menyampaikan mesej/komunikasi idea dengan berkesan; untuk menarik perhatian dll. Jangan terlalu tumpu kepada rendering dalam Lukisan Persembahan 'kita' sehingga ianya mengaburi tujuan utama iaitu merekabentuk sesuatu bangunan secara logik dan tepat(realiti). Walaubagaimana pun gunakanlah kekuatan rendering untuk menarik perhatian 'client' apabila melukis perspektif2 yang dikehendaki.Harap jawapan2 ini dapat membantu. Teruskan memberi ide/pandangan/komen mengenai lawatan tapak...

    ReplyDelete
  5. DRN:
    ...(bersambung)Perlu diingat disini bahawa untuk sekadar lulus sahaja (saya berharap semua disini tidak hanya berharap untuk lulus sahaja), pelajar MESTI menunjukkan kebolehan teknikal (struktur dan building construction) melalui lukisan, Untuk gred2 cemerlang (A+/B+)pelajar2 mesti menunjukkan bahawa mereka dapat menghubungkaitkan kemahiran: teknikal + konseptual + merekabentuk dengan jayanya. OK?

    ReplyDelete
  6. insyallah...kami pelajar2 akan menerapkan aspek2 yg dikehendaki..

    ReplyDelete
  7. untuk hari isnin nanti, kami kena present atau terdapat perbincangan antara pensyarah pembimbing?

    ReplyDelete
  8. kami akn cuba mengatasi kelamahn yg ada danterus berusaha bg menjayakan project toy store ini..
    site visit yg telah dilawat adalah satu keadaan di mana sy sendri sudah biasa dgn tempat itu (site)
    pada sy toy store yg terletak di tgh2 pusat commercial ini sgt strategik dan ia boleh menjadikan proposed building kita satu bangunan plg menonjol di situ..
    pda sy ia x salah... bangunan yg pelajar akan hasilkan mungkin gempak dan ada elemen espressionism kerana target pelanggan adalah di kalangan kanak2 dan pencinta barang mainan.. so otak2 mereka ni sudah tentu gila dan byk main.... itu sahaja komen sy..

    amer gig

    ReplyDelete