Tuesday, August 24, 2010

Persembahan Kajian Rekabentuk 25/08/10

"Sharing is Caring!"
Salam Sem06,
Hari ini telah bermula sessi pertama persembahan Kajian Rekbentuk. Sebanyak lima kumpulan telah menyampaikan hasil kajian mereka dan insyallah enam lagi pada hari Isnin. Secara amnya memang banyak kerja yang telah dibuat oleh kumpulan2 ini tetapi hasrat kajian bukanlah sekadar mempaparkan informasi yang dikumpul tetapi menganalisa dan merumuskan informasi ini supaya ianya berguna untuk rekabentuk TOY STORE -- Sila rumuskan dengan tepat dan fikirkan bagaimana ianya akan membantu rekabentuk anda nanti. -- Cadangan saya: Ikut formula tersebut:
Kumpul informasi (mungkin banyak yang dikumpul, no problem)> Kaji informasi (apa yang ada dan bagaimana hendak menggunakannya dengan berkesan melalui penganalisaan mudah) > Pilih Informasi yang sesuai. Disini juga anda perlu membuat keputusan untuk buangkan maklumat yang tidak relevan. > Persembahkan Informasi mengikut masa yang diberi secara tersusun (jangan peningkan penerima maklumat).
CUBA!Komen?

15 comments:

  1. bersama2 la kita berkongsi ilmu pengetahuan...
    supaya ilmu yg ada makin bertambah dan mendapat keredhoan NYA....InsyaAllah...

    _saiful_

    ReplyDelete
  2. salam,

    rasanya 15 minit untuk satu kumpulan tidak cukup.

    Selamat Menyambut Hari raya Aidilfitri
    Maaf Zahir Batin..

    amyzjie

    ReplyDelete
  3. DRN:
    Sebenarnya masa itu mencukupi tetapi mungkin terlalu banyak yang ingin disampaikan. Ingat untuk kaitkan dengan kepentingan merekabentuk TOY STORE.

    ReplyDelete
  4. kami yang membentangkan 'bi-law & local authority requirement' nak minta maaf sebab banyak maklumat yg tak diperlukan disumbat sekali dalam slide p/point.

    pada isnin depan nanti insya-Allah kami akan perbanyakkan gambarajah, teknikal dan dimensi-dimensi yg diperlukan berkaitan dgn toy store supaya ianya lebih jelas.

    'maafkan kami' :(

    fais ishak
    dsb 6b

    ReplyDelete
  5. DRN:
    No worries Fais, cuba perbaiki persembahan kumpulan.

    ReplyDelete
  6. jangan bimbang fais...kalau xder silap bukan belajar namanyer..kami sokong dari belakang..padatkan informasi yang berkaitan sahaja...

    _______________________________________________

    :) kami padatkan dan menambahkan informasi untuk poster pula..:D

    ReplyDelete
  7. Salam.

    saya mewakili group "site Analisis" menyusun 10 jari memohon maaf jika maklumat yg kami sampaikan tidak menepati apa yg sepatutnya dan tidak dapat membantu rakan2 dari segi rekabentuk bangunan dan pemahaman tentang apak.Mungkin dari segi slide kurang jelas dan kekurangan maklumat yg penting sebagai panduan dalam rekabentuk...

    Dan dari postmorterm yg telah kami jalankan selepas kelas td kami telah mengenalpasti tentang beberapa perkara yg telah di komen oleh pensyarah dan inshaAllah kami akan cuba memperbaiki semula kekurangan tersebut untuk hari isnin nanti....


    ~meoraz architect~

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah... It seems like everybody is open to be critisized and have a positive attitude about it. Bravo!
    Let me remind you (all), do update and check all the information gathered with your tutor in order to confirm the information you are going to present later (on Monday), is accurate with the topic.
    Don't worry to much, learn from your mistakes. That's the crucial part in understanding knowledge. Do come out with lots of 'Wh' n 'H' questions. (Who, when, where, what, why and How) Ganbatte!
    First and foremost, I've to apologize to all because I won't be around on Monday. All the best for all! Inshaallah! Don't ever give up! ;D

    Regards...
    Liyana AB

    ReplyDelete
  9. Salam ikatan ukhwah

    insyallah hari isnin akan dapat input yang
    lebih bermutu tinggi... group form,facade and space nak minx masa lebih sikit, sbb kami gabung dua group, so, bagi extra time dlm 10min.. takot kalau kami kejar2, nanti input yang patot diterima xdapat diterima,,,.. harapan agar demand kami dapat dipertimbangkan...

    sharing is caring
    AiDiL....(",)

    ReplyDelete
  10. DRN:
    No problem....btw, bukan DEMAND tapi permohonan, ok?

    ReplyDelete
  11. orait....permohonan diluluskan.alhamdulillah.....selamat berbuka puasa kepada semua warga unit seni bina..pejam,celik (2x)...dah hampir separuh perjalanan ibadah puasa kita.. begitu cepat masa berlalu, harapan agar kita dapat menjalankan ibadah puasa pada hari yang mendatang dengan sempurna..insyallah... lagi satu, hari tue dah cantik kita mulakan majlis dengan al-fatihah, tapi sayang xada penutup... harapan hari isnin nie bila dah buka kita tutup orait..... wsalam...

    sharing is caring...synchronize......
    @!D!1

    ReplyDelete
  12. ok2....permohonan masa tambahan telah diberi..
    harap dapat mempersembahkn yg terbaik...
    jika setelah masa tambahan juga tidak mencukupi x tau la...(heheheh...)
    ape2 pun group yg akan membuat persembahan buat kali ke - 2 diharap dpat membuat persembahan yg terbaik.....
    InsyaAllah.....

    _saiful_

    ReplyDelete
  13. insyallah...sesungguhnya kita kena manfaat ilmu yang diberi..ilmu pelita hidup... harapan juga agar semua dapat memberi kerjasama yang baik.. dan soalan2 yang akan ditujukan hendaklah soalan2 yang membina bkn soalan ingin menjatuhkan.. harapan juga semua org dapat memberi pendapat yang bernas, agar semua org dapat manfaatnya....

    Biar putih tulang Jgn putih mata,

    @!D!1

    ReplyDelete
  14. terima kasih kepada kawan2 yang bagi semangat..segala cadangan untuk menampakkan slide kami lebih berinformasi dan menarik boleh diutarakan pada saya.. saya akan cuba ubah supaya lebih presentable, senang di fahami

    fais ishak
    dsb 6b

    ReplyDelete
  15. btoi tu fais...semangat itu penting, perjuangan kita blum selesai...hidup ini perlukan perjuaangan...dimana ada kemahuan, disitu ada path....kita kena sentiasa sokong kawan2.. apalah kehidupan tanpa kawan2, umpama komputer tanpa keyboard... saling memerlukan antara satu sama lain...

    Jadilah seperti lilin dan matahari yang membakar diri demi insan sejagat!!

    @!D!1

    ReplyDelete