Thursday, March 17, 2011

I’m more than a toilet designer (Pt 5)

A BOOK VS E-BOOK
Semalam Unit Senibina, PUO didatangi oleh seorang pembekal/ jurujual buku2 Architecture; En.Din (dahulunya beliau pernah bersama Basheer). Beliau telah membuat sales exhibition di the Arch (sy cadang je..dah ada nama ke, binaan kontroversi tu?). Jika x salah exhibition tu yg pertama melibatkan pihak luar diadakan di ‘tempat kita’, yg pertama ialah pameran benches ( projek sem 5) tempoh hari.
Walaupun the Arch (tempat itu) telah dilemparkan dgn perbagai tafsiran negatif. Namun pd hari semalam, sy betul2 merasakan tempat kita hidup sebagai sebuah school of architecture. Saya melihat ramai rakan2 pensyarah & pelajar membeli (walaupun di tgh bulan)& mengambil kesempatan ‘free reading’ perbagai jenis buku2 acrhitecture yg dibawa oleh en.Din
Rata2nya di mana2 school of architecture; sewaktu sedang sibuk dgn studio & Mr. Basheer dtg bersama-sama buku architecture yg bertimbun. 1 pengalaman yg begitu mengujakan. Waktu itu jugalah kita bermain dgn penilaian, kepentingan & kewangan. Nak cari buku susah & buku yg lama kita cari & yg bagus ( yg berkhasiat utk masa depan) kini berada di depan mata. (Seandainya kita bekerja di UK, harga buku memang murah, apa sangat dgn nilai 20 pound, tetapi apabila di M’sia. Beli dgn duit RM utk ditukarkan senilai dgn matawang asing, itu yg menyebabkan buku-buku itu mahal). Nak beli ke tidak? X beli rugi., beli puas..tapi lepas tu kenalah ikat perut..



Kini, menerobos ke era kemajuan fb, ipad, sains,teknologi & black/blueberry. Kita mempunyai e-book. Sy sendiri mempunyai lebih drpd 50 jenis ebook, yg sy download, copy & paste pd sem ini.
Ilmu itu jika dibiarkan,tidak diasah, berulang kali akan tumpul & berkarat spt mata parang..
Apa guna ebook? jika tidak dibaca, tidak dirujuk, tidak dibuat presentation utk dikongsi bersama kawan2? Apakah kemahiran akan dtg secara automatic?

Semalam sy telah membeli sebuah buku berjudul stone architecture. (perasaan memiliki buku sebenar.. begitu mengujakan). Sy yakin sy tidak dpt menjadi seorg pakar dgn hanya membaca sebuah buku, tetapi sy juga yakin
sy akan menjadi semakin yakin
apabila membentangkan, menceritakan tentang konsep/ kaedah stone architecture terutamanya kpd pelajar. Selepas ini (semasa site visit) sy akan menghabiskan masa berminit2 dgn hanya MERENUNG details ( kemasan terutama yg melibat stone spt granite, marble tiles dsb). Dahulu sy hanya berpengalaman tentang toilet (sebagai toilet designer), kini sy mempunyai pengalaman tentang toilet & stone architecture.

Kata En.Din“ Sy pernah menjual buku kpd En. Kamil Merican (GDP’s big boss). Sy tunjukkan buku2 pd dia..sy dia diam sj. Saya tengok dia hangguk..tanda puas & ..sy juga puas.”
Kesimpulan: SYABAS sy ucapkan kpd rakan2 pensyarah & pelajar2 yg membeli & ‘membeli’ buku semalam. Without reading we are nothing!

2 comments: