Tidak lama lagi (11:15mlm- masa saya menulis update ini) akan tamatlah tempoh projek satu - Structure and Architecture dan saya berharap projek ini bukan sahaja dapat disiapkan dengan jayanya tetapi mempunyai kesan yang positif kepada semua pelajar. Biarlah saya mengucapkan syabas terlebih dahulu kepada semua yang dapat menyiapkan kehendak projek ini dengan jayanya.
SnA adalah satu projek yang unik dengan ertikata ianya menguji minda, emosi kesabaran mencuba dan kebolehan-teknikal pelajar Senibina dalam merekabentuk. Apa yang diharapkan dari projek ini bukanlah saja siapnya lakaran2 dan model yang dikehendaki tetapi satu pemgalaman yang berharga yang dapat memberi jawapan kepada dua set soalan2 berikut:
(1)Fahamkah saya mengenai struktur senibina (walaupun yang paling asas) untuk merekabentuk satu binaan dengan yakin?; Apakah kaitan antara Struktur dengan Ruang dan Ruang dengan Senibina?
(2)Bolehkah/Mampukah saya mengurus perancangan diri sebaik mungkin untuk mengikut kehendak pelanggan atau perlukah pelanggan yang mengubah rentak mengikut kehendak saya? Apakah kelemahan yang saya punyai dan bagaimana untuk mengatasinya?

Sambil saudara/saudari bertungkus lumus pula dengan projek lukisan terukur cubalah fikir2kan apakah yang dimaksudkan dengan tema topik kali ini apakah kaitanya dengan pengalaman SnA?
Selamat Mengukur!
No comments:
Post a Comment