Monday, July 12, 2010

Rumusan Aktiviti Studio 12/07/10

Salam SEM06,
Hari ini nampak gaya banyak pelajar benar2 tumpu perhatian kepada proses rekabentuk - syabas dan teruskan dengan semangat ini. Rumusan hari ini adalah seperti berikut:

1) Pelajar agak baru nak mencuba teknik merekabentuk secara 3D. Teknik ini memerlukan kerja yang lebih kerana terpaksa menyediakan model2 3d sebelum meletakkannya ditapak. Kaedah ini walaupun 'banyak kerja' tetapi sekiranya digunakan dengan berkesan dapat membantu rekabentuk anda. Walaubagaimana pun jangan lupa kepada kekuatan 2d, seorang pereka mesti sanggup menggunakan kedua2 cara dalam proses mereka bentuk. Secara keseluruhan peringkat hari ini masih berada di fasa mengenal kekuatan tapak dan menggunakanya. Kami harap semua pelajar dapat menggunakan teknik 2D dan 3D untuk 'explore' ruang2/bentuk2 yang baru.

2) Jangan lupa juga kepada cara anda menyusun ruang2 yang dikehendaki, ia juga perlu dipadan dengan susunan di tapak. Buatlah beberapa ujian susunan untuk hari rabu ini. Datanglah pada hari Rabu ini dengan model2 kecil yang boleh dicantum bagaikan Transformers untuk menyenangkan ide bercambah.

3) Update journal dan lakaran, tulis dan lakarkan ide2 yang baru pada setiap helaian journal. Banding/Baca journal masing2, sekiranya anda faham 'message' pelajar lain maka penulisanya berjaya! Ingat tugas kita bergantung kepada kecekapan berkomunikasi.

Selamat Mencuba!
Soalan/Komen?

No comments:

Post a Comment