Thursday, July 1, 2010

TEMAN Projek SnA

Hello and Salam,

1) Peringkat awal rekabentuk hendaklah bermula dengan pemilihan tapak. Pemilihan tapak hendaklah di buat dengan teliti kerana ianya adalah sebahagian dari rekabentuk.Kedua-dua tapak mempunyai kekuatan tersendiri dan boleh di guna dalam merekabentuk. Kenali dahulu keunikan tapak seperti bentuk kawasan air, bentuk bukit, pulau dan lain-lain. Cuba pandang bentuk tapak itu sebagai satu corak (pattern) yang boleh di perbaiki dengan rekabentuk binaan anda. Pada masa yang sama lihat balik keperluan struktur dan ruang yang telah di berikan dan cuba sekali lagi banyangkan (imagine) bentuk binaan tersebut di atas tapak anda.

Lakarkan dan jilidkan ide anda !

2) Selalunya langkah pertama merekabentuk adalah melihat kekuatan yang ada pada tapak. Cuba merekabentuk paksi-paksi yang akan menjadi sokongan asas kepada rekabentuk anda. Sebagai contoh lakaran diatas menunjukan contoh corak paksi yang boleh dibentuk (garisan merah) sebagai pengikat rekabentuk anda. Garisan merah ini cuba mengunakan kekuatan tapak seperti tasik/bukit dalam untuk merekabentuk. Dari sini proses merekabentuk boleh bermula. Ingat kembali prinsip2 asas Senibina: Paksi, Titik, garisan dll ...cuba!

(3) Langkah seterusnya adalah dengan membina model tapak. Hanya dengan pembinaan tapak sahaja perekabentuk dapat memahami conteks tapak dan keunikan yang ada . Tapak A mempunyai pulau dan 30% darinya kawasan air. Ketingggian pokok terpulang kepada perekabentuk. Pilih ketinggian dan kemudian sesuaikan dengan rekabentuk anda nanti. Tapak B pula tinggi dan curam. Bina model mengikut maklumat yang diberi, kemudian setelah siap hayatilah tapak tersebut. Cuba bayangkan rekabentuk yang sesuai di bina di atas bukit tersebut.

Peringkat kedua ini mementing imaginasi 3D (berbanding dengan peringkat ke2- yang hanya mementingkan imaginasi 2 dimensi). Gunakan kedua-dua imiginasi ini (2D dan 3D) untuk hasilkan beberapa lakaran awal, jangan fikir mengenai ruang lagi -- Cuba/Soalan?

Akan Datang: Slaid Powerpoint Struktur dan Senibina.

3 comments:

  1. salam.

    Bagi saya kedua-dua tapak ini mempunyai tarikannya sendiri.Cuma untuk sem 6,catilever structure tidak boleh digunakan,jika boleh digunakan,tapak B mungkin jadi pilihan.Walaubagaimana pun untuk projek ini memang sgt mencabar dan dalam pada itu digabungkan dengan sem 5 dalam 1 project...

    ReplyDelete
  2. Saya faham maksud anda, tidak semua yang berjulur itu cantilever. Explore struktur lain. Inilah peluang keemasan. Happy Designing!>DRN

    ReplyDelete
  3. salam ukhwah...

    kalau kita dapati sblum ni pelajar telah diberi tugas berkumpulan untuk membuat model tapak, adakah selepas ini para pelajar akan merekabentuk binaan mengikut model tapak yang dibuat sebelum ini mengikut kumpulan atau bebas memilih tapak yang diberi..?

    ReplyDelete