Tuesday, July 27, 2010

PROJECT 2 S06 & Some advice from DRN

Project 2 SEM06 is a TOY STORE. Click here for the project brief! Introduction is on monday and then followed by the movie show.

DRN Advice>>> Your first project is being assessed. Clearly it shows that most of you are still not confident with sturctures and its implication with design. For your second project, you MUST learn to design with structural knowledge. Remember in architectural design, the formula below is important:
Structure <=> Space/s <=> Form
As Technicians and Technical Assistant you must be able to think in terms of structure, of course not as detail as the engineer, but to understand it enough to use it confidently in design. Yes, the Toy Store is an interesting project, so please design interesting spaces (fantasy) but please design logically (reality). Use your SnA experience and learn from your mistakes. As Arch students from the politechnics, our strength MUST be a balance between the technical and design factor.
We purposely place SnA as the first project to evaluate the students and more importantly let the students evaluate their technical/design capability. SnA is a wake-up call! So please wake-up! Be ready to enter the second project and more, more, more importantly, the OUTSIDE WORLD (the world of work).
There are a lot of things we can't teach you as you are already in sem06, we can't go back to teach you structure, etc. You and your friends must find ways to teach yourselves. I understand that most of you do not even know each other, this is sad, very sad! Learning cannot take place if students are shy to learn from each other. Let's hope 'PUOdesign-Fest 2010' will help out in that area.
Please respond/comment and tell us how you feel about yourselves, your progress and future plans?

Monday, July 26, 2010

MOVIETIME@Studio06

BARU>>Projek DUA-SEM06

Projek baru sem06 akan bermula ISNIN (02OGOS) ini. Ia bermula dengan tontonan sebuah filem di ruang Studio06 jam 9pg. Semester lain dijemput bersama (kalau free)... dan sila bawa sendiri: Kerusi, Coke dan Pop-corn :-)






Sunday, July 25, 2010

Manusia Analog dalam Dunia Digital

Salam Sem06,

Tidak lama lagi (11:15mlm- masa saya menulis update ini) akan tamatlah tempoh projek satu - Structure and Architecture dan saya berharap projek ini bukan sahaja dapat disiapkan dengan jayanya tetapi mempunyai kesan yang positif kepada semua pelajar. Biarlah saya mengucapkan syabas terlebih dahulu kepada semua yang dapat menyiapkan kehendak projek ini dengan jayanya.

SnA adalah satu projek yang unik dengan ertikata ianya menguji minda, emosi kesabaran mencuba dan kebolehan-teknikal pelajar Senibina dalam merekabentuk. Apa yang diharapkan dari projek ini bukanlah saja siapnya lakaran2 dan model yang dikehendaki tetapi satu pemgalaman yang berharga yang dapat memberi jawapan kepada dua set soalan2 berikut:

(1)Fahamkah saya mengenai struktur senibina (walaupun yang paling asas) untuk merekabentuk satu binaan dengan yakin?; Apakah kaitan antara Struktur dengan Ruang dan Ruang dengan Senibina?

(2)Bolehkah/Mampukah saya mengurus perancangan diri sebaik mungkin untuk mengikut kehendak pelanggan atau perlukah pelanggan yang mengubah rentak mengikut kehendak saya? Apakah kelemahan yang saya punyai dan bagaimana untuk mengatasinya?


Saya pasti ada beberapa kelemahan yang boleh disenaraikan dan memanglah antara tujuan projek SnA ini untuk pelajar2 mengenalpasti kelemahan2 ini dan memperbaikinya. Sebagai contoh, saya pasti ada diantara kelemahan pelajar adalah berkaitan dengan topik kali ini iaitu - Manusia Analog dalam Dunia Digital. Memang perkara ini semakin serius dibincang di peringkat institusi pendidikan tinggi. Persoalan pokoknya adalah, boleh Manusia yang bercirikan Analog (semulajadi/rumit dll) dapat hidup serasi dan terus maju di dalam dunia yang semakin pentingkan teknologi dan budaya digital?
Sambil saudara/saudari bertungkus lumus pula dengan projek lukisan terukur cubalah fikir2kan apakah yang dimaksudkan dengan tema topik kali ini apakah kaitanya dengan pengalaman SnA?
Selamat Mengukur!

Thursday, July 22, 2010

Dunia tanpa 'GRID' ?



Pengunaan Grid bukan sahaja untuk perekabentuk Senibina, malah kebanyakan rekaan visual menggunakan teknik grid sebagai pengikat rekabentuk mereka. sebagai contoh, kebanyakan Pereka Grafik menggunakan sistem grid untuk rekaan mereka. Contoh2 diatas menunjukan kegunaan grid dalam rekabentuk majalah dan poster. Ia juga menunjukan bagaimana grid boleh membantu pereka dalam merekabentuk Pelan dan lukisan persembahan Senibina.

Grid tidak semestinya segi empat tetapi boleh dibentuk mengikut tapak atau bentuk kertas yang di gunakan. Lihat contoh berwarna oren diatas untuk memahami penggunaan grid pada rekabentuk. Lihat juga contoh2 diatas dan cuba gunakan grid untuk sebarang persembahan atau rekabentuk akan datang. Perlu di ingat grid bukanlah satu2nya teknik menyusun dan mempersembahkan informasi, tetapi ia satu teknik menyusun informasi yang tradisional. Gunakanlah ia dengan bijak!

Soalan: Bolehkah rekaan bergrid digunakan untuk persembahan 30sketches? :- )

Kalau sempat, cubalah teknik ini sekurang2nya pada satu/dua helaian lakaran untuk kali ini.

Komen?

Wednesday, July 21, 2010

Studio 21/7/10: Antara Fantasi & Realiti

Salam Sem06,


Biarlah kami bermula dengan ucapan tahniah kepada semua yang mampu menyediakan 15 keping lukisan lakaran seperti yang dikehendaki. Ini membuktikan semua sanggup mencuba untuk menyiapkan kerja sebaik mungkin. Ada banyak perkara yang saya ingin sentuh kali ini tetapi saya rasa tema Antara Fantasi dan Realitilah yang paling sesuai untuk di bincangkan.
Proses rekabentuk memang memerlukan perekanya cekap mengwujudkan kesimbangan antara Fantasi dan Realiti. Untuk Rekaan Senibina, Fantasi adalah kemampuan pereka untuk berimaginasi dan merekabentuk bentuk2 ruang dan binaan yang baharu dan unik. Realiti pula adalah kemampuan pereka untuk memastikan apa yang direka dapat dibina. Fantasi memerlukan kemampuan pereka untuk melihat sesuatu binaan secara abstrak. Realiti dalam Senibina memerlukan ilmu binaan/teknikal/kewangan yang secukupnya. Tanpa realiti, rekabentuk wujud hanya didunia imaginasi; Tanpa fantasi, rekabentuk menjadi kaku, 'boring' dan tiada kreativiti.

Kemampuan untuk menguasai kedua-dua perkara ini amat dicari2. Sesiapa yang mampu berbuat demikian boleh menjadi perekabentuk yang berjaya. Sebagai seorang pelajar rekabentuk, kesimbangan ini mestilah dicari. Janganlah terlalu tumpu kepada realiti sehingga lupa akan kepentingan fantasi dan sebaliknya, sebagai cnth: Gred/Markah 'A+' adalah untuk mereka2 (pelajar) yang dapat membuktikan kemampuan atau berpotensi untuk 'menguasai' kedua-dua perkara ini.

Soalan perbincangan: Yang manakah patut dilatih/dibelajar dahulu, ilmu Fantasi atau Realiti? Komen/Bincang?

Tuesday, July 20, 2010

Projek MyPet (Sem03)

Salam Sem03,
Ok, tq kerana bertanyakan soalan2 ini. Apa khabar semua? Bagaimana dengan LI? Harap semua sihat dan dapat menggunakan peluang LI sepenuhnya. Ingat LI itu bertujuan akademik, maka jangan lepaskan peluang untuk belajar seberapa banyak yang mampu.

Baiklah, Project MyPET adalah satu projek persendirian yang mempunyai unsur2 penyelidikan. Ini bermaksud pelajar di kenhendaki memilih satu tema. Tema yang dipilih adalah personal dan terpulang kepada kehendak pelajar asalkan ianya SENIBINA. .Lakaran2 tersebut adalah satu kajian yang tumpu kepada satu tema; cthnya Fasad2 Shopping Mall, Pintu2/Tingkap2 Kolonial, Binaan KonKrit, Cahaya dalam Senibina dll. Pilihlah satu tema dan cuba sediakan satu folio lakaran yang menarik. Lakaran2 bolehlah dalam bentuk 2D/3D (ikut tema), Renderlah sedikit untuk impek yang menarik.
Ada Soalan/Komen??

Monday, July 19, 2010

The Model

















These are the models that we require for this project. Its a hybrid between aStructural and Mass Model. It is not a presentation model. Communicate your ideas effectively!