Wednesday, February 16, 2011

Check Point; ARCH vs ID (part1)


Pada petang Isnin, kami pensyarah2 (kecuali Cik Liyana yg bercuti) telah bermesyuarat/ bermuhasabah berbincang tentang situasi/prestasi P&P Senireka IV utk sem ini. 3 kaedah dicadangkan dlm mesyuarat tersebut :
a) Pelajar-pelajar menyambung projek secara individu
b) Pelajar-pelajar dalam 1 kump. Dipecahkan kepada 2 kump ( 1kump 5/ 6 org ahli)
c) Pelajar-pelajar kekal dlm kump yg sama, tapi dipecahkan topik-topik. Setiap org buat semua perkara tapi dalam skala yg kecil/detail.
Keputusan mesy. Kami (majoriti) telah memilih utk (kekal) dgn kaedah C (tetapi dgn pindaan). Semua org akan terlibat dgn semua stage kerja, tetapi dgn skala yg lebih kecil atau terperinci. (Rujuk penjelasan kerja oleh DrN.)
Bayangkan sebuah rumah, seorg ditugaskan utk design bilik tidur, seorg design bilik tetamu, kitchen, toilet, hall dll. Tapi itu hanyalah sebuah rumah. Tugas kita skrg ialah merupakan sebuah bangunan kompleks berskala sederhana besar.

Jika seorang itu ditugaskan utk merekabentuk ‘bilik tayangan multimedia’. Dia harus tahu/ perlu menyelesaikan masalah :-
a) Kaedah susunan kerusi (Berapa cara susunan? Rujukan?)
b) Kaedah manakah yg terbaik? (pengkajian tentang view pointing, ketinggian lantai/ siling/ keluasan/saiz bilik)
c) Pergerakan keluar pengguna (mean of egress per minute)
d) Kehendak-kehendak Bomba, UBBL & services pada ruang tersebut (dead end, sprinkler,riser signages)& air-cond system
e) Perhubungan ruang tersebut dgn ruang2 lain (spatial relationship)
f) Perhubungan ruang tersebut dengan ruang transitional (contoh; courtyard, atrium) dan sirkulasi luaran.
g) Pengkajian tentang akustik (acoustic devices/ panel/ ceiling), kualiti pengcahayaan (nilai lux, susunan lampu, jenis lampu) dan sistem AV
h) Interior deisgn (ID) utk cadangan kemasan lantai, dinding dan siling
i) Pelan lantai + keratan (kualiti ruang, struktur dan pembinaan) dan speksifikasi
j) Special design ~keperluan utk pengguna berkeluarga, kanak-kanak dan OKU (anthropometric & ergonomic)

No comments:

Post a Comment