Thursday, February 10, 2011

Pedestrian vs Vehicular



Sekiranya anda belum mengkaji,menganalisa, memperbaiki dan mencadangkan satu sistem pedestrian yang baik; ini bermaksud design anda belum mengambil kira tentang urban context.
Rekabentuk bukan hanya menyediakan parking kepada pengguna atau staf dan loading bay. Sekiranya ini tumpuan anda, rekabentuk bangunan anda hanya member focus kepada pengguna kenderaan (vehicular oriented).
Kepesatan hidup di bandar2 besar kini lebih menitik beratkan kpd penggunaan pengangkutan awam. Rekabentuk anda harus menjangkau ke masa hadapan (kelestarian). Mungkin 10 thn hadapan bandaraya Ipoh akan dilengkapi dengan Sistem pengangkutan MRT?
Jangan terlalu mudah mentafsir, apa yg anda lihat di mata kasar. Keadaan jalan disekeling tapak PASTI akan berubah mengikut perubahan psikologi, sosiologi, ekonomi dan aktiviti manusia.
Justeru, kembangkan minda anda (if you are designers?), lihat tapak dan persekitaran sebagai satu potensi utk dimajukan menjadikan Ipoh bukan retirement city tetapi entertainment & extraordinary city.
Jalankan penganalisaan (banyakkan kerja anda supaya lebih banyak) & cadangkan bollards, street furniture, cyber nodes, animation fountain, interactive-LED pavement, bicycle paths, pedestrianize area (to encourage street activities) etc. (Cadangan perlu dibuat bersama lakaran/ diagram/ lukisan & sedikit penulisan fakta).

"Usah berfikir untuk menjadi LUAR BIASA (spt Hijjas Kasturi, Sir Norman Foster etc)
Jangan buat apa yg BIASA anda buat (..spt kerja kawan anda yg..atau kerja anda sem lepas)
Tapi BUAT apa yang TIDAK BIASA anda buat!!" ~Raja Ar. Azman Shah

1 comment:

  1. Terima kasih kepada En.Sid atas komentar dan nasihat yang diberi. Di sini, saya ingin mengingatkan sekali lagi beberapa perkara kepada para pelajar agar anda diharap tidak mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. Bagi Projek 2, Communal Place; pelajar perlu:
    1. Mengetahui apa yang hendak dilakukan
    2. Memahami kehendak projek
    3. Bertindak mengikut keperluan untuk menyediakan cadangan secara berkumpulan
    4. Mengaplikasi maklumat atau dapatan untuk mencapai maksud/ tujuan cadangan
    5. Memahami keadaan dan konteks hubungkait antara manusia> undang-undang > tapak

    Selepas melihat seimbas lalu fail-fail dokumen M&P anda, saya dapati anda mempunyai banyak maklumat yang boleh menyokong cadangan projek anda. Walau bagaimanapun maklumat-maklumat ini tidak dikaitkan dengan baik dalam pembentangan anda tempoh hari. Ada juga sebilangan besar maklumat yang menimbulkan keraguan sama ada ia relevan atau tidak untuk menyokong cadangan projek anda. Walau bagaimanapun, tahniah atas usaha yang telah dilakukan. Apa yang sangat-sangat diharapkan ialah anda dapat mengaplikasikan maklumat yang diperolehi sebaik-baiknya dalam projek anda.

    Teruskan usaha! Selamat Maju Jaya!

    ReplyDelete