Tuesday, February 8, 2011

Site Visit UniKL, Greentown

Syukur Alhamdullillah,
Kita telah dapat melawat & mempelajari perkara2 baru di tapak pada hari ini. Seperti kata DrN “ Anda hanya dapat melihat apabila anda bersedia utk melihat” dan kata2 hekmat enLan kpd pelajar2nya sebelum ke praktikal “Jika anda hendak jadi seorang arkitek, anda perlu belajar serba-serbi yg ada di firma arkitek”Berikut adalah antara isi-isi penting daripada lawatan pd hari ni yg sempat sy catatkan :

1) Projek ini merupakan sebuah projek injuksi Kerajaan Pusat yg dikenali sebagai Projek Rangsangan Ekonomi (PRE). Ia merupakan sebuah kompleks pelbagai fungsi Kolej Perubatan Universiti Kuala Lumpur (di bawah MARA) yg mengandungi ruang2 ala sebuah hospital (kecuali wad). Terdapat ruang2 pentadbiran, bilik2 pensyarah, ruang pembelajaran klinik, perkhidmatan perubatan, hostel-hostel, rumah warden dan parkir bertingkat (multi-storey parking)
2) Bangunan ini mengolahkan elemen senibina Moorish pada tiang2, arches dan facade. Terdapat 7 bahagian sisi (elevation) kerana bangunan ini berbentuk trapezium. Laluan servis membentuk island site ( 6.1 meter) ( termasuk set back) utk keperluan kenderaan bomba. dan tapak secara keseluruhan adalah terhad (5.4 ekar) berbanding dengan fungsi/ruang2 yg perlu disediakan.
3) Projek ialah sebuah projek rundingan terus, tanpa melibatkan proses bidding/ tender. Justeru proses yg ada hanyalah briefing, design stages, submission drawings & construction drawings (tiada tender dwg). Kos sekitar RM 70 juta. Kontrak selama 24 bulan, DLP selama 24 bulan. Kontrak berdasarkan Kontrak seragam JKR 203A. Status progress semasa menghampri 80 %.
4) Kepada para pelajar, Kaedah presentation oleh Pembantu Arkitek (Cik Rosmawati) dengan menggunakan Ms. Powerpoint amat menarik dan harus dicontohi untuk persembahan akhir dan penyedian PPR (Project Proposal Report).
5) SOA/ Ruang-ruang Kolej Perubatan disediakan berpandukan kepada research (keperluan clients) dan rujukan Garis Panduan EPU untuk Kolej, Kategori ke-3.
6) Teknologi binaan untuk kemasan;menggunakan kaedah IBS untuk pemasangan cornice, arches dan big size columns- bahan GRC (Gypsum Reinforced Concrete)
7) Ruang-ruang berat untuk live loads seperti multi storey carpark dan rammed (gradient 1:8) ketebalan slab adalah sama tapi dikuatkan dengan ‘floor hardener’ selepas ‘concreting’ menghasilkan slab yang betul-betul kukuh dan kuat.
8) Low wall pada bahagian multi storey parking adalah concrete wall bukannya brick wall utk ‘mengelakkan kenderaan terjatuh’ daripada bangunan ( keperluan Local Authority).
9) Semua bahagian permukaan konkrit terdedah dikemaskan dgn scheme coat dan dicat (dgn kelulusan arkitek)
10) Terdapat STP sediada tetapi dibesarkan kerana kapasiti penggunaan/ PE bertambah. Begitu juga dgn Sub-Station (double chamber) disediakan kerana jenis bangunan ini memerlukan bekalan kuasa elektrik yang tinggi.

Kepada para pelajar tag gambar2 FB di tapak kpd semua kawan2 Architecture
Talk Architecture live Architecture ( What’s else??)

3 comments:

  1. Welcome to the blog authorship Sid! Sorry for the delay.

    DRN

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. More visit more knowledge gathered, refreshed... ^_^

    ReplyDelete