Everyone is a Designer! Designers@PUO is a blog dedicated to everyone who is interested in design in all its forms. From creative thinking to innovative activity, this blog serves as a platform to collect, enrich and share these ideas and practices with everyone. As I am involve in teaching design at PUO, this site will also cater to my design class issues. The Dawn of the Designers has arrived!... ...and oh yes, this blog is forever under construction!
Friday, December 31, 2010
Brief Projek 2 C 5328 Senireka 4 (sesi Dis 2010)
Kami telah upload brief Projek 2 C 5328 Senireka 4 bagi Sesi Disember 2010. Sila download untuk simpanan anda. Seandainya anda mempunyai sebarang kemusykilan, sila tinggalkan di ruang komen dan kami akan cuba menjawab seberapa segera yang boleh. Selamat berusaha!
C 5328 Project Brief -
Thursday, December 30, 2010
SEM06 - Project Two
Syabas, Thank you for all your suggestions/comments for the last post. They are all very valuable to me as I like to listen to you speak your mind. However I do hope that in the future this group will use the same 'semangat' to speak and use it for design purposes. If you are shy to speak in class, use this blog to say something about design problems and hopefully we can all help (please also write your names/initials).
Project 2 has started and I personally hope that all of you will use this opportunity to design exciting new spaces and work collaboratively. Enjoy the studio environment, try your best.
Now, let use this blog to test what we have learn from my previous input: Thinking. Below is the problem again:
Architect tells his Assistant (YOU) to begin thinking about designing an eatery at a certain location in Ipoh Town. You and your team are to propose the design concept based on the site context. He also said that he will be going abroad for two weeks and can’t be contacted unless an emergency occurs. It’s an urgent problem and he wants you to solve it and present the idea by the time he gets back. You are on your own.
Now, let The THINKING begin!
How would you proceed?
OK lets start, What is an eatery?...recall the types of questions I discuss with that night. Use them.
Thank You
DRN
p/s:
Nasihat saya: Jangan tersinggung apabila dimarah semasa memberi pandangan. Kamu akan berdepan dengan bermacam2 manusia apabila keluar kerja nanti, dengar dulu apa yang cuba mereka perkatakan melalui 'marahan' mereka itu. Nilai jawapan mereka (critical thinking) dan cuba jawab balik sebaik mungkin. Jangan kerana mereka, kita tidak berkembang kerana yang itulah yang lebih penting - ilmu dan pengalaman untuk memperbaiki diri.
.../
Monday, December 20, 2010
Welcome Back!
I know it has been three weeks in but its never to late to say Hello. Hope everyone has manage to fit in by now. Best of luck for this semester!
Selamat Datang!
Selamat Datang semua. Maaf kerana blog ini tidak aktif untuk beberapa minggu ini. Ini adalah sebab2 teknikal yang tidak dapat dielakkan. Harap semua sudah bersedia untuk bekerja overtime pada semester ini, terutama sem05 dan 06.
Happy S&A!
___________
Salam Semua yang telah berkomen disini,
Maaf kerana saya terpaksa memadam komen2 disini kerana ia pada pendapat saya semakin lama semakin tidak memenuhi tujuan asal blog ini, iaitu berbincang mengenai DESIGN dalam segala bentuk. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah memberi komen yang konstruktif kepada SENIBINA PUO. Insyallah semuanya akan kami pertimbangkan untuk kebaikan bersama. Saya berharap sangat perbincangan yang lebih akademik dapat di teruskan mengikut topik2 yang dipostkan diatas untuk sesama kita bangunkan minda dan kebolehan kita berfikir.
Maaf dari saya,
Terima Kasih
DRN
Friday, October 22, 2010
Senarai Nama Pembentangan C 5328 Senireka 4
Senarai Pembentangan C5328 -
Semak masa dan tarikh anda dikehendaki membentangkan hasil kerja anda. Sila pamerkan hasil kerja anda sebelum 9 pagi dan ambil semula selepas jam 5 petang.
Friday, October 15, 2010
Tarikh Penghantaran Projek Dilanjutkan
- Pada 18 Oktober 2010, sila hadir ke kelas pada jam 9 pagi dan bawa semua hasil kerja yang telah anda siapkan setakat hari tersebut (dalam bentuk hardcopy sekecil-kecilnya saiz A3)
- Penghantaran model secara berkumpulan ditukar kepada penghantaran MASS model secara individu. Mass model penting untuk kami faham form rekabentuk cadangan anda. Mass model bukannya finished model so please....don't waste your money to buy new boards.....be creative, recycle.
Jika ada sesiapa yang ingin hantar lebih awal, dialu-alukan.
Wednesday, October 13, 2010
Bagaimana anda dinilai untuk Projek Toystore?
C5328 Assessment -
Saya telah upload deraf skema pemarkahan (fail .xlsx)ke Docstoc. Anda boleh download dan semak apakah kriteria-kriteria yang kami nilai bagi projek anda kali ini. Berusahalah untuk memenuhi kriteria tersebut. Selamat Maju Jaya...jaga kesihatan fizikal dan mental, berdoa dan berharap hanya padaNya.
Wednesday, October 6, 2010
Merekabentuk dalam konteks urban
Salam,
- Paths
- Edges
- Districts
- Nodes
- Landmarks
Friday, September 10, 2010
Kembali ke Toy Store!
Thursday, August 26, 2010
Sebiji Ketupat di Kota Esfahan
Tuesday, August 24, 2010
Persembahan Kajian Rekabentuk 25/08/10
Saturday, August 21, 2010
Wahai si-KL !?
Thursday, August 19, 2010
Context
- Context is the character and setting of the area within which a projected scheme will sit.
WHY CONTEXT IS IMPORTANT?
- It is about understanding the position of development, and how to position a development.
These are the priorities to be considered as a designer:
1. Strengthening local communities;
2. Creating places of distinction;
3. Harnessing intrinsic site assests and resources;
4. Integrating with surroundings;
5. Ensuring feasibility;
6. Providing vision.
Key Aspect of Design in Urban (Urban Design Compendium Vol. 1)
2. ENRICH THE EXISTING - be integrated to the existing urban form and the natural and built environments.
3. MAKE CONNECTIONS - be integrated into the existing urban form and the natural and built environments. Address the connections between people and places by considering the needs of people to access jobs and key services.
4. WORK WITH THE LANDSCAPE - consider the direct and indirect impacts on the natural environments.
5. DESIGN FOR CHANGE - create an environment where people can access and benifit from the full range of opportunities available to members of society.
Remember that we are in the process of learning. To make it easier, do discussion or brain storming in groups of 5 or less. Try it! You'll be surprise of the outcome! Sharing is caring!
Monday, August 16, 2010
Kajian Rekabentuk 13-25/8/10
Thursday, August 12, 2010
Lawatan Tapak 130810
Hari ini (130810) kita semua telah melawat tapak TOY STORE di Greentown Ipoh. Pada saya tapak ini agak menarik kerana ianya terletak di tengah2 bangunan bisness. Saya sempat jumpa Mike's Place, satu restaurant/pub yang agak menarik bentuknya. Cara tempat ini di olah dan kedudukannya begitu menarik seolah2 tersorok di hujung satu lorong. Ia juga pandai menggunakan binaan sediada untuk menghidupkan suasana yang baru - ini adalah kreativiti. Saya berharap pelajar2 juga telah dapat sesuatu apabila melawat tapak tadi. Walaupun semua yang ketapak tidak dikehendaki membuat kajian kes mengenainya, tetapi saya rasa sebagai seorang perekabentuk, mengenali tapak adalah amat penting. Cuba lihat kawasan sekeliling, jenis2 bangunan, fasad2 yang ada, ruang2 yang wujud, suasana pagi dan malam dsbnya - apakah keunikan yang ada dan apa yang boleh digunakan.
Saya juga berharap pelajar2 juga dapat menghayati kehendak URBAN DESIGN (UD). Secara kasar UD adalah satu rekabentuk yang:1) It has a civic dimension - focused on public environment.
- ini bermaksud pada rekabentuk anda mestilah ada ruang2 yang mementingkan pengguna2 di situ dan bukan sahaja pengunjung TOY STORE. Ia adalah satu rekabentuk untuk orang ramai (public).
2) It has a long range time frame of action and INDEFINITE product.
- ini bermaksud rekabentuk anda mestilah untuk jangka panjang, anda perlu memikir bagaimana rekabentuk anda (iaitu penguunaannya) mampu kekal untuk jangkamasa yang lama
3) It enables environmental change not authorizes it
- ini bermaksud rekabentuk anda mestilah membolehkan perubahan berlaku dan bukannya mengawal perubahan atau dengan ertikata yang lain rekabentuk anda mestilah fleksible.
4) It is an anonym product.
- ini bermaksud ada bahagian2 rekabentuk anda yang bukan hak individu tetapi hak semua.
Cuba fikirkan mengenai kehendak URBAN ini dan bagaimana ianya boleh menghidupkan rekabentuk anda.
Ada apa2 KOMEN/SOALAN mengenai lawatan hari ini?
Monday, August 9, 2010
Lawatan Belajar 090810
Friday, August 6, 2010
Bicara PUOdesign-FEST
Dibawah adalah dua komen yang telah di tulis sebelum ini:
- Anonymous said...
-
ahlan wahsalah..salam ukhwah!sekencang dakwah...
Festival ini adalah paling bermakna bagi semua warga unit seni bina, oleh kerana satu perubahan yang drastik, mmg saat ini yang kami nantikan, dimana ukhuwah dapat dijalankan dalam warga unit senibina antara pelajar2 dengan pensyarah.. bukan saja ukhuwah dapat dieratkan, malah dapat menimba banyak input serta berkongsi pengalaman dengan pensyarah... kalau boleh festival ini dijadikan acara tahunan dimana pada masa akan datang, aktiviti yang dijalankan akan dibaikpulihkan dengan aktiviti yang lebih bermutu....best..best..best.... - Anonymous said...
-
tamatlah sudah designfest~
kami akan merindukanmu~ - Teruskan memberi komen!...
Sunday, August 1, 2010
PUOdesign-FEST 2010
Tuesday, July 27, 2010
PROJECT 2 S06 & Some advice from DRN
Monday, July 26, 2010
Sunday, July 25, 2010
Manusia Analog dalam Dunia Digital
Thursday, July 22, 2010
Dunia tanpa 'GRID' ?
Komen?
Wednesday, July 21, 2010
Studio 21/7/10: Antara Fantasi & Realiti
Tuesday, July 20, 2010
Projek MyPet (Sem03)
Ok, tq kerana bertanyakan soalan2 ini. Apa khabar semua? Bagaimana dengan LI? Harap semua sihat dan dapat menggunakan peluang LI sepenuhnya. Ingat LI itu bertujuan akademik, maka jangan lepaskan peluang untuk belajar seberapa banyak yang mampu.
Baiklah, Project MyPET adalah satu projek persendirian yang mempunyai unsur2 penyelidikan. Ini bermaksud pelajar di kenhendaki memilih satu tema. Tema yang dipilih adalah personal dan terpulang kepada kehendak pelajar asalkan ianya SENIBINA. .Lakaran2 tersebut adalah satu kajian yang tumpu kepada satu tema; cthnya Fasad2 Shopping Mall, Pintu2/Tingkap2 Kolonial, Binaan KonKrit, Cahaya dalam Senibina dll. Pilihlah satu tema dan cuba sediakan satu folio lakaran yang menarik. Lakaran2 bolehlah dalam bentuk 2D/3D (ikut tema), Renderlah sedikit untuk impek yang menarik.
Monday, July 19, 2010
Friday, July 16, 2010
Studio 16/7/10 ++
Syabas sekali lagi kerana kebanyakan dari pelajar pada sessi pagi ini begitu tertumpu kepada 'design' masing2. Kerja merekabentuk memanglah mengambil masa dan perlu dibuat berkali2. Kunci kejayaan seorang pereka terletak kepada minat dan sifat ingin memperbaiki diri. Rumusan sessi kali ini adalah seperti berikut:
1) Ada kumpulan yang masih belum mengetahui cara merekabentuk menggunakan grid. Teknik ini dapat membantu anda merekabentuk dengan cepat dan tepat.
2) Jangan terrrrrrrrrrlalu taksub dengan konsep (Master Architect) sehingga proses merekabentuk diabaikan. Yang penting disini adalah proses rekabentuk yang berasaskan keunikan tapak, kefahaman struktur (walaupun post & beam) dan kemahiran berkomunikasi, melalui lakaran2 dan model.
4) Cuba reka dari dalam (design from within) dan tidak hanya mementingkan bentuk luar sahaja.
5) Bantu rakan2 yang lain yang kurang 'maju' untuk membantu sesama sendiri.
PENTING>> PANDUAN FORMAT 30 SKETCHES:
1) Pastikan lakaran '30 sketches' di buat dengan teliti. Ingat lakaran hitam putih sahaja, berskala, masukan detil2 tertentu, tunjukan proses ide dan lakarkan perspektif2 yang boleh membantu orang luar memahami ide anda. Lakaran2 ini hendaklah dijilidkan dengan kemas, mempunyai kulit belakang yang keras dan kulit bewarna MERAH SEBEGINI. Kulit ini hendaklah mempunyai tajuk - DESIGN SKETCHES: Structure and Architecture (Font Arial 24 sh/Hitam) dan HANYA mempunyai Kad Nama (reka sendiri dan No hp dan email) dan logo PUO (warna). Jangan ada sebarang lakaran di atas kad tersebut! (lihat cth di bawah)
2) Muka 1 lakarkan satu perspektif mudah rekabentuk anda sebagai pembuka tirai..
3) Muka 2 adalah Pengenalan Projek yang menceritakan kehendak projek (100 per) serta pengalaman menyediakan projek yang menceritakan pengalaman pelajar mengenai projek ini (500 per)
4) Muka 3 adalah isi kandungan dan mukasurat
5) Muka 4 kosong
6) Lakaran bermula dari muka 5 ( ini adalah mukasurat no 1 - nombor bermula disini)
7) Muka 6 hingga 36 adalah Lakaran2 sebanyak 30 mukasurat
8) Mukasurat 37 adalah muksurat Rujukan
9) Kertas kosong sebagai mukasurat terakhir
- Sila ikut format tersebut - Wajib! -Ingat, Sketches30 amat penting untuk penilaian projek ini. Anggap ia sebagai satu dokumen peperiksaan.
Satu berita baik akan di umumkan pada hari Isnin! Sekali lagi syabas atas segala usaha setakat ini dan teruskan dengan semangat sedia ada!
SOALAN/KOMEN ???
Wednesday, July 14, 2010
Studio 14/07/10
Pada pendapat saya sessi hari ini agak sederhana dan boleh diperbaiki. Rumusan aktiviti hari ini adalah seperti berikut:
1) Aktiviti ‘Seek & Speak’ (S&S) telah membuka tirai sessi Rabu ini. Sessi ini mempunyai pelbagai tujuan, antaranya adalah mengwujudkan satu komuniti kreatif yang saling bantu-membantu antara satu dengan lain. Kali ini saya dapati pelajar2 masih belum bersedia untuk berkongsi pandangan/pendapat/ide dan sebagainya. Gunakan lah peluang ini untuk berbicara mengenai sesuatu hasil karya (Design) yang anda dapati menarik dsb. Kreativiti adalah hasil berinteraksi dengan satu komuniti yang ‘lively’ dan ‘original’. Sokongan pelajar dan pensyarah amat penting untuk mengwujudkan satu suasana studio yang sihat. Tanpa satu komuniti yang sesuai, kreativiti tidak mungkin wujud. Tanpa satu enviromen yang sesuai, kerja merekabentuk boleh menjadi bosan. Gunakan peluang S&S sebaik mungkin.
2) Dari krit kali ini saya dapati, kebanyakan (70%) masih berada pada peringkat yang masih lemah. Oleh yang sedemikian, disini disenaraikan beberapa kelemahan yang dilihat pada pagi ini untuk sama-sama diperbaiki:
- Masih ramai yang tidak tahu untuk mencari kekuatan tapak melalui pencarian paksi cth lokasi pintu masuk utama mesti berasaskan pada tapak yang diberi. Lihat tapak dan fahami apakah keunikan tapak berikut.
- Sambil merekabentuk secara 3D, gunakan 2D untuk mengimbangi proses rekabentuk anda. Ini bermaksud pelajar sudah ada Bubble 2D-plan, Bubble 2D-section yang berasaskan kepada satu ‘Grid Template’ yang berskala tepat (mengikut paksi yang direka- lihat cnth bawah) setiap kali merekabentuk. Kegunaan grid akan membantu anda dalam mengawal saiz ruang dan pembinaan struktur.
- Perhatian yang harus diberi kepada rekabentuk sirkulasi (banyak pelajar lupa mengenai sirkulasi) dan ruang.
- Wujudkan keharmonian dalam rekabentuk.
(contoh :Bubble Biru = Tingkat Bawah; Bubble Kuning = Atas)
3) Jumaat ini, kami hendak lihat Rekabentuk yang lebih teratur bersama-sama perkara2 yang disebut diatas. Mulalah berfikir mengenai struktur.
Ada apa Komen/Soalan ??
Monday, July 12, 2010
Rumusan Aktiviti Studio 12/07/10
Hari ini nampak gaya banyak pelajar benar2 tumpu perhatian kepada proses rekabentuk - syabas dan teruskan dengan semangat ini. Rumusan hari ini adalah seperti berikut:
1) Pelajar agak baru nak mencuba teknik merekabentuk secara 3D. Teknik ini memerlukan kerja yang lebih kerana terpaksa menyediakan model2 3d sebelum meletakkannya ditapak. Kaedah ini walaupun 'banyak kerja' tetapi sekiranya digunakan dengan berkesan dapat membantu rekabentuk anda. Walaubagaimana pun jangan lupa kepada kekuatan 2d, seorang pereka mesti sanggup menggunakan kedua2 cara dalam proses mereka bentuk. Secara keseluruhan peringkat hari ini masih berada di fasa mengenal kekuatan tapak dan menggunakanya. Kami harap semua pelajar dapat menggunakan teknik 2D dan 3D untuk 'explore' ruang2/bentuk2 yang baru.
2) Jangan lupa juga kepada cara anda menyusun ruang2 yang dikehendaki, ia juga perlu dipadan dengan susunan di tapak. Buatlah beberapa ujian susunan untuk hari rabu ini. Datanglah pada hari Rabu ini dengan model2 kecil yang boleh dicantum bagaikan Transformers untuk menyenangkan ide bercambah.
3) Update journal dan lakaran, tulis dan lakarkan ide2 yang baru pada setiap helaian journal. Banding/Baca journal masing2, sekiranya anda faham 'message' pelajar lain maka penulisanya berjaya! Ingat tugas kita bergantung kepada kecekapan berkomunikasi.
Selamat Mencuba!
Soalan/Komen?
Thursday, July 8, 2010
Basic Principles of Design/ Prinsip Rekabentuk Asas
Two main principles were discussed, namely Axis and Symmetry. Look at these examples and see if you are able to understand their application. Use the 'comment' button to share opinions or ask questions.
Dua prinsip utama merekabentuk, Paksi dan Simetri telah dibincang. Sila lihat contoh-contoh yang telah diketengahkan dan cuba memahami aplikasi mereka. Gunakan 'Komen' untuk memberi pendapat dan bertanya soalan.
Wednesday, July 7, 2010
A Great Effort!
Next step = Designing
Tahniah! pada semua yang dapat siapkan model. Inilah semangat yang kita ingin lihat berkembang di SENIBINA PUO. Kita mampu lakukan banyak perkara sekiranya kita bekerja sebagai satu kumpulan. Walaupun kualiti model tidak seberapa, kami masih menghargai kesungguhan sem 06 untuk menyiapkan sesuatu projek. Saya pasti sem05 juga akan berbuat demikian.
Thursday, July 1, 2010
TEMAN Projek SnA
1) Peringkat awal rekabentuk hendaklah bermula dengan pemilihan tapak. Pemilihan tapak hendaklah di buat dengan teliti kerana ianya adalah sebahagian dari rekabentuk.Kedua-dua tapak mempunyai kekuatan tersendiri dan boleh di guna dalam merekabentuk. Kenali dahulu keunikan tapak seperti bentuk kawasan air, bentuk bukit, pulau dan lain-lain. Cuba pandang bentuk tapak itu sebagai satu corak (pattern) yang boleh di perbaiki dengan rekabentuk binaan anda. Pada masa yang sama lihat balik keperluan struktur dan ruang yang telah di berikan dan cuba sekali lagi banyangkan (imagine) bentuk binaan tersebut di atas tapak anda.
Lakarkan dan jilidkan ide anda !
2) Selalunya langkah pertama merekabentuk adalah melihat kekuatan yang ada pada tapak. Cuba merekabentuk paksi-paksi yang akan menjadi sokongan asas kepada rekabentuk anda. Sebagai contoh lakaran diatas menunjukan contoh corak paksi yang boleh dibentuk (garisan merah) sebagai pengikat rekabentuk anda. Garisan merah ini cuba mengunakan kekuatan tapak seperti tasik/bukit dalam untuk merekabentuk. Dari sini proses merekabentuk boleh bermula. Ingat kembali prinsip2 asas Senibina: Paksi, Titik, garisan dll ...cuba!
(3) Langkah seterusnya adalah dengan membina model tapak. Hanya dengan pembinaan tapak sahaja perekabentuk dapat memahami conteks tapak dan keunikan yang ada . Tapak A mempunyai pulau dan 30% darinya kawasan air. Ketingggian pokok terpulang kepada perekabentuk. Pilih ketinggian dan kemudian sesuaikan dengan rekabentuk anda nanti. Tapak B pula tinggi dan curam. Bina model mengikut maklumat yang diberi, kemudian setelah siap hayatilah tapak tersebut. Cuba bayangkan rekabentuk yang sesuai di bina di atas bukit tersebut.
Peringkat kedua ini mementing imaginasi 3D (berbanding dengan peringkat ke2- yang hanya mementingkan imaginasi 2 dimensi). Gunakan kedua-dua imiginasi ini (2D dan 3D) untuk hasilkan beberapa lakaran awal, jangan fikir mengenai ruang lagi -- Cuba/Soalan?
Akan Datang: Slaid Powerpoint Struktur dan Senibina.
Friday, June 25, 2010
MyPET PROJECT S03JUNE2010
The project will concentrate on research abilities through sketching. ALL students are required to prepare 50, A3 sketches based on a theme. Please bind the sketches and submit them as a book.
Any questions/soalan/komen?
FAHAM KE APA YANG KENA HASILKAN?
Thursday, June 24, 2010
JURNAL CRIT
Jurnal Krit adalah satu dokumen yang akan disediakan oleh pelajar tetapi pengisiannya adalah kongsi sama pensyarah dengan pelajar. Oleh kerana, proses merekabentuk adalah satu proses yang rumit dan mengambil masa, maka kaedah Jurnal ini membenarkan pelajar dan pensyarah melihat perkembangan ide dari awal hingga akhir. Jurnal ini juga membantu pensyarah dalam proses penilaian pelajar. Kandungan Jurnal hendaklah terdiri dari penulisan dan lakaran sahaja. Contoh Jurnal Krit adalah seperti berikut - KLIK SINI
Salinan Jurnal Krit boleh di perolehi di sini - KLIK SINI. Pelajar dikehendaki mencetak salinan Jurnal ini dan menjilidnya untuk kegunaan setiap semester.
Bukukan evolusi ide anda!
Wednesday, June 23, 2010
PUO ARCH SEM05/06 Design Project
Welcome Young Designers,
Sem 05/06 ARCH students first project is titled Structure and Architecture. It requires students and tutors to return to their creative centres and explore and experiment.
Click here for Project One Brief
Click here for the site plan. There are two sites to choose from.
Have FUN and please design responsibly!!